Wednesday, June 5, 2013

Berjuang demi Islam bukan yang lain.

Ramai dikalangan ahli PAS mahupun rakyat kedah sedih diatas kekalahan PR di kedah sehingga jatuhnya Kerajaan pimpinan Tan Sri Datuk Seri Diraja Ustaz Azizan Bin Razak. Pelbagai faktor telah cuba di kenalpasti akan penyebab kekalah yang benar-benar tidak disangka ini. Walaubagaimana pun kelihatan pemain politik PAS di kedah dilihat sudah berpuas hati dan menerima keputusan pilihanraya iu dengan redha. Ia termasuk pada ustaz Azizan sendiri melalui sembang-sembang beliau dengan bekas setpolnya.

Sebenarnya apabila berlaku di Kedah bukanlah sesuatu yang pelik, kerana bibik perpecahan telah berlaku dan kedatangan pendamai Naib presiden PAS Salahuddin Ayub walaupun telah sedikit sebanyak meleraikan  kekacau tersebut. Persoalan ramai dikalangan penyokong PAS dan ahli bawahan adalah mengapa ada dikalangan pimpinan yang berjuang dalam parti PAS dengan matlamat serampang 2 mata? tidakah ia menunjukkan suatu ketidakihklasan dalam perjuangan sebuah Parti berteraskan Islam.

Melihat suasana hari pilihanraya di Baling dan Sik amat tidak terduga Pas akan kalah dengan begitu teruk di kedua-dua kawasan parlimen itu. Jalan raya yang dipenuhi kenderaan hampir 90% mengibarkan bendera PAS dan amatlah sukar sekali menemui kenderaan membawa bendera BN. Apatah lagi yang membawa bendera parti KITA hampir tiada langsung.

Selepas sahaja kalah pelbagai cerita kedai kopi disana sini. Soal pemilihan calon yang tidak dipersetujui UPU dan tidak mendapat sokongan Masyarakat. Sebenarnya masyarakat atau pengundi tidak terlalu sukar menerima mana-mana calon. Yang bermasalah adalah UPU. Bagaimana UPU sendiri boleh memboikot calon pilihan Pusat. Sekiranya UPU dan MTD telah melakukan gerak kerja dengan lemah sudah tentu jentera kempen seseorang calon menjadi lemah.

Jelaslah kepada kita bahawa Allah lebih murka pada pimpinan yang khianat pada jemaah dan sentiasa menolak keputusan Pimpinan tertinggi.

No comments: