Lama juga tidak dapat update atau membuat sebarang catatan baru di blog Budak kampung kita. Malam ini rasa sedikit kelapangan untuk membuat sedikit komen PRU13.
Selepas PRU 13
BN Gembira Kerana
1. Masih Berkuasa Sebagai kerajaan Persekutuan.
2. Merampas Kedah
Pakatan Rakyat Gembira Kerana
1. Undi Anak Muda majoriti Untuk PR
2. Undi orang bandar majoriti untuk PR
3. Undi orang cina/india majoriti untuk PR
4. Undi orang berilmu/terpelajar majoriti untuk PR
Kesimpulannya PR ada harapan yang cerah pru 14. Saluran 1 dan 2 akan diganti dengan Saluran 2 dan 3 harini pada pru 14 nanti. Manakala pelajar yang belum layak mengundi akan masuk kesaluran 4 5 6 untuk memilih PR.
Monday, May 20, 2013
Sunday, February 24, 2013
[Hebat] Mereka pejuang kalimah Allah?
Perkasa buat konvoi utk memperjuangkn kalimah Allah,
1. Nk pejuang dr sapa tah?
2. Sapa yg rosakkan kalimah Allah?
3. Kalimah ja? Suruhan Allah mcm mana?
Nak berjuang apa pun biarlah ada ilmu dulu. Kalau tidak menimbulkan fitnah je.
Apa maknanya ini? adakah ia tanda2 yang mungkin terjadi?
Look at the registration number !
Doesn't it tell you something is going to happen
to BN in 2013 in the 13th General Election ??
Friday, February 22, 2013
Thursday, February 21, 2013
Terbaru!! Najib Bubar Parlimen Jumaat Atau Isnin Ini
Beberapa orang ahli parlimen Pakatan Rakyat menghubungi Bilik Berita Harakah memberitahu, Perdana Menteri Najib Tun Razak akan umumkan pembubaran Parlimen paling cepat esok, 22 Februari bersamaan hari Jumaat. Ini sama seperti SMS yang disebarkan sahabat saya, Dato' Tamrin Tun Ghafar sebulan yang lalu. SMS berdasarkan sumber daripada bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Dr Sulaiman Mohamed.

Itu bukan soalnya. Ahli parlimen berkenaan juga memberitahu, jika bukan esok, Jumaat, kemungkinan besar pada hari Isnin, 25 Februari 2013 ini. Apakah yang membuatkan Najib memilih tarikh-tarikh ini, hanya beliau sahaja yag tahu.
Tetapi, pada hari Selasa, 26 Februari, Najib akan mengumumkan Manifesto BN kepada rakyat. Kata MP itu, maklumat ini diberitahu sendiri oleh seorang menteri kabinet sebentar tadi kepada beliau. Apa macam? Are you ready for PRU13? Are you ready to Putrajaya? ~sanggah tok sago
Thursday, February 7, 2013
[Kisah Benar] Mari baca.. Pencuri dan hakim
Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.
Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus
ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”
Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya. -sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)












