Thursday, June 27, 2013

Remaja 18 Tahun Diperkosa Bakal Abang Ipar

Seorang remaja bukan saja dipaksa meneguk minuman keras hingga mabuk, malah turut dirogol bakal abang iparnya dalam kejadian di rumah sewa di Jalan Sultan Tengah, Kuching.
Mangsa berusia 18 tahun mendakwa kejadian itu berlaku tiga minggu lalu, namun hanya membuat laporan polis malam kelmarin. Menurut sumber, mangsa mendakwa, kejadian itu berlaku apabila bakal abang ipar berusia 20-an itu turut mengugut memukul mangsa menggunakan botol jika enggan melayan nafsu serakahnya.
“Mangsa yang kini mendirikan rumah tangga membuat laporan polis kerana bimbang suspek mengganggu kehidupannya.
“Dalam laporan dibuat pada jam 9 malam semalam (kelmarin), mangsa mendakwa kejadian itu berlaku di rumah sewa lelaki berkenaan yang bakal menjadi suami kepada kakaknya. Mangsa tidak berani membuat laporan polis lebih awal kerana takut diugut suspek.
“Suspek mengugut mengupah rakan untuk membelasah mangsa jika mendedahkan perbuatan itu kepada ahli keluarga menyebabkan terpaksa merahsiakan kejadian yang berlaku,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas tidak tahan penderitaan ditanggung, mangsa akhirnya memberanikan diri membuat laporan di Balai Polis Santubong.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.

No comments: