Sunday, December 14, 2014

Vietnam syak wujud unsur mengatur keputusan perlawanan

KUALA LUMPUR: Vietnam mengesyaki terdapat unsur mengatur keputusan perlawanan susulan kekalahan pasukan kebangsaan mereka dalam pusingan kedua Piala AFF Suzuki malam tadi.


Pengerusi Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Le Hung Dung dipetik dalam satu laporan olehThanh Nien News sebagai berkata tidak mungkin prestasi pertahanan pasukan negara tersebut jatuh dengan begitu mendadak.

Hung dung turut mengarahkan satu siasatan menyeluruh, terutama pada bahagian pertahanan, dilakukan.

Antara lain, beliau tidak menolak terdapat unsur mengatur keputusan perlawanan.

Bukan sahaja VFF,  malah terdapat penyokong Vietnam yang berasa wujud unsur rasuah dalam perlawanan tersebut.

Isu ini dibangkitkan selepas seorang pemain liga Vietnam dihukum penjara 30 bulan pada Ogos lalu selepas didapati bersalah mengatur keputusan perlawanan.

Manakala jurulatih pasukan, Toshiya Miura tidak pasti mengapa prestasi anak buahnya begitu merosot.

“Saya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Yang pasti bahagian pertahanan banyak melakukan kesilapan dan begitu juga bahagian serangan,” katanya kepada Thanh Nien sejurus selepas perlawanan tamat.

Miura memberitahu, kegagalan Vietnam untuk mara ke final akan ditanggung olehnya.

“Sebagai jurulatih, saya memikul tanggungjawab sepenuhnya ke atas kegagalan ini. Melihat peminat Vietnam yang memenuhi ruang stadium, saya sedar akan harapan mereka. Saya minta maaf kepada semua peminat pasukan Vietnam” jelas Miura.

Sementara itu, di sosial media, mesej bergambar kononnya surat khabar Vietnam menggunakan tajuk utama ‘Tiger Eat Us At Home’ mula tersebar.

Namun, itu hanyalah khabar angin apabila hakikatnya, itu bukanlah tajuk utama yang digunakan akhbar di Vietnam.

Pada Khamis, skuad bola sepak negara berjaya mara ke pentas final Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 5-4 pada perlawanan separuh akhir kedua.- AstroAwani

Kedah paling banyak ditumbuhi rumpai Mexico


ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Kedah mencatatkan jumlah tertinggi kawasan ditumbuhi rumpai miang Mexico di semenanjung Malaysia apabila mencatatkan keluasan 13 hektar melibatkan sembilan kawasan.

Manakala Perak mencatatkan keluasan lapan hektar (enam kawasan), Negeri Sembilan seluas 4.8 hektar (dua kawasan), Johor merekodkan 0.9 hektar (sembilan kawasan), Selangor dengan 0.7 hektar (satu kawasan) dan Melaka 0.08 hektar (satu kawasan) berdasarkan kepada hasil bancian Jabatan Pertanian sehingga 5 Disember lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Kedah, Ramli Abdul Rahman berkata, kes pertama yang dikesan di negeri ini adalah di Kampung Sungai Pasir, Sungai Petani pada Oktober tahun lalu susulan penemuan awal pada September tahun sama di Ulu Yam Bharu, Selangor oleh seorang profesor dari Universiti Malaysia Kelantan.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini tumbuhan berkenaan dikesan semakin aktif merebak di beberapa kawasan termasuk tepi jalan, kawasan perumahan, kawasan ternakan dan tanah persendirian.

“Kita juga sudah membuka bilik gerakan negeri bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian pada 4 Disember lalu untuk memudahkan pelbagai pihak menyalurkan sebarang maklumat mengenai tumbuhan itu.

“Pegawai pertanian dan kakitangan di daerah juga turut diarah sentiasa peka untuk memastikan tindakan awal dapat diambil bagi mengesan, mengawal seterusnya memusnahkan tumbuhan perosak ini daripada terus membiak,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Ramli berkata, kawasan terlibat tidak boleh disita kerana penyebarannya berselerak bukan setempat sebagai contoh di kawasan tepi jalan.

“Proses memusnahkan tumbuhan itu dilakukan secara berterusan termasuk menggunakan kawalan kimia bergantung kepada lokasi pembiakan,” jelasnya.

Katanya, pelbagai program diadakan bagi tingkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya rumpai itu.

“Antara langkah itu termasuk mengedarkan poster di tempat tumpuan orang ramai seperti kedai makan, masjid, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan beberapa tempat lain serta hebahan di radio.

“Kita juga beri taklimat kepada exco pertanian dan asas tani agar memaklumkan kepada kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan untuk sama-sama terlibat mengawal rumpai ini,” katanya. SinarHarian

Wednesday, October 29, 2014

Sayu: Luahan hati anak dan Isteri ustaz Azhar

 LUAHAN ISTERI & ANAK USTAZ AZHAR IDRUS | Satu Malaysia dah kecoh tentang isu hangat yang melanda penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus. Sekalipun pembantu beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, isu ini tidak senyap begitu sahaja dan terus hangat dipaparkan di muka depan akhbar seluruhnya.

Ikutilah video luahan dibawah



Thursday, October 2, 2014

Signalling Kedah line

Beginilah jika berkerja di landasan keretapi.


Thursday, June 27, 2013

Remaja 18 Tahun Diperkosa Bakal Abang Ipar

Seorang remaja bukan saja dipaksa meneguk minuman keras hingga mabuk, malah turut dirogol bakal abang iparnya dalam kejadian di rumah sewa di Jalan Sultan Tengah, Kuching.
Mangsa berusia 18 tahun mendakwa kejadian itu berlaku tiga minggu lalu, namun hanya membuat laporan polis malam kelmarin. Menurut sumber, mangsa mendakwa, kejadian itu berlaku apabila bakal abang ipar berusia 20-an itu turut mengugut memukul mangsa menggunakan botol jika enggan melayan nafsu serakahnya.
“Mangsa yang kini mendirikan rumah tangga membuat laporan polis kerana bimbang suspek mengganggu kehidupannya.
“Dalam laporan dibuat pada jam 9 malam semalam (kelmarin), mangsa mendakwa kejadian itu berlaku di rumah sewa lelaki berkenaan yang bakal menjadi suami kepada kakaknya. Mangsa tidak berani membuat laporan polis lebih awal kerana takut diugut suspek.
“Suspek mengugut mengupah rakan untuk membelasah mangsa jika mendedahkan perbuatan itu kepada ahli keluarga menyebabkan terpaksa merahsiakan kejadian yang berlaku,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas tidak tahan penderitaan ditanggung, mangsa akhirnya memberanikan diri membuat laporan di Balai Polis Santubong.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.