Monday, March 31, 2008

KHUTBAH JUMAAT SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

Penulis artikel asal : Radzuan bin Nordin.
diulas: rizalmat

Pengenalan
Islam telah mensyriatkan khutbah sebagai suatu wasilah untuk menyampaikan mesej menyeru kebaikan dan melarang kejahatan kepada masyarakat setempat. Khutbah jumaat adalah diantara khutbah yang disyariatkan seminggu sekali. Pelbagai dalil yang menunjukkan sembahyang jumaat itu adalah wajid dan lazimnya dimulakan dengan khutbah. Antaranya firman Allah swt yang bermaksud ; “wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah swt dengan mengerjakan sembahyang jumaat dan tinggallkan berjual beli (pada saat itu), yang dekimikan adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui hakikat sebenarnya” dan sabda Rasulullah yang bermaksud; “Apabila kamu berkata kepada rakan kamu pada hari jumaat (ketika imam sedang membaca khutbah) diam!, maka sia sialah pakala jumaat kamu.

Tujuan dan matlamat khutbah.

Antara yang terpenting didalam tujuan disyariatkan khutbah adalah, menyeru kebaikan dan meninggalkan larangan Allah, mengukuhkan ketakwaan, mengingati kebesaran Allah swt, meransang semangat jihad, memberi pengajaran pada pendengar, memberi nasihat, menbentuk sahsiah dan pelbagai lagi.

Ciri-ciri khutbah yang berkesan

Terdapat beberapa ciri penting yang dinyatakan penulis antaranya, pemilihan tajuk yang sesuai dengan masyarakat dan isu semasa. Jika kita melihat negara-negara seperti Iran, Iraq dan negara arab lain khutbah jumaatnya turut dirakam oleh pemerintahan Amerika Syarikat dan barat kerana di negara-negara tadi mereka menyampai dasar pemerintahan kepada rakyat melalui khutbah. Tetapi di negara kita khutbahnya di sesetengah tempat ianya begitu lemah dengan tajuk-tajuk yang tidak bertepatan seperti makanlah buah-buahan tempatan, pakailah topi keledar dan pelbagai lagi khutbah yang tajuknya tidak relevan dan kelakar. Walaupun ianya hanya segelintir pihak yang berkenaan sepatutnya lebih menitik beratkan mengenai gejala sosial, permasalahan remaja, budaya-budaya yang terpesong dan sebagainya. Isu semasa yang berkaitan soal akidah Islamiah hendaklah diterangkan kepada masyarakat melalui khutbah. Selaian itu khutbah juga mempunyai jangkamasa yang sesuai, dan sepatutnya kerajaan menjadikan hari jumaat cuiti umum bukannya ahad seperti sekarang. Perlembagaan negara yang menyatakan Islam agama rasmi dan pengakuan kerajaan Malaysia sebuah negara Islam sepatutunya membela umat Islam mendapat cuti pada hari kebesaran seperti hari jumaat. Terdapat juga faktor lain yang menjadi ciri-ciri penyampaiaan khutbah iaitu tarikan khatid yang bersuara baik, bacaan yang fasih dan mempunyai pengetuhuan luas dan tinggi ilmu agama.

Cadangan untuk meningkatkan mutu khutbah jumaat.

Menjadikan isu semasa sebagai tema utama termasuklah isu global seperti penhinaan terhadap Nabi Muhammad saw. Dengan mengambil dalil dari Al-quran dan Al-hadis yang bebas dari mana-mana pihak tanpa menyembunyi matlumat yang sebenarnya. Selain itu khatid juga adalah yang memiliki kelayakan.

Kesimpulan

Khutbah jumaat hendaklah disampaikan dengan cara terbaik dengan isi-isi yang padat dan menarik untuk membentuk akidah dan akhlak masyarakat. Masyarakat hendaklah menumpukan perhatian mendergar khutbah dan merapatkan silaturrahim sesama masyarakat di hari jumaat.

No comments: