Tuesday, December 11, 2007

PERANAN AKHLAK DAN MORAL SEBAGAI KAWALAN SOSIAL

Penulis artikel asal: Shahrulanuar bin Mohamed.
diulas:rizalmat
Pengenalan.

Artikel ini menerangkan secara umum peranan akhlak dan moral di dalam mengawal gejala sosial. Antara lain penulis menjelaskan pergertian atau konsep definisi bagi akhlak, moral dan tata kawal sosial. Pergertian akhlak, moral dan tata kawal sosial yang dijelaskan dengan mengambil pandangan dari pelbagai tokoh pemikir dan sumber ilmu seperti Mohd Sulaiman, Imam Al-Ghazali, Webster International Encyclopedia, J.Edward Sir M. Hale dan lain-lain lagi. Turut dijelaskan maksud institusi yang dipetik Sidi Gazalba yang menyatakan institusi sebagai pertubuhan, organisasi dan pola laku yang menjadi kebiasaan.

Perbezaan di antara akhlak dan moral.

Penulis menyenaraikan perbezaan yang terdapat di antara akhlak dan moral manusia. Akhlak yang bersifat kesucian adalah berbeza dengan moral yang tidak memiliki unsur kesucian. Di sudut yang lain pula penulis menyatakan akhlak membawa kebahagian dunia akhirat, bersifat univesal melewati batas-batas undang-undang ciptaan manusia, mempunyai sistem piawaian kebaikan mutlak, tetap dan selaras dengan fitrah manusia. Tetapi moral pula adalah suatu nilai yang hanya bermatlamatkan keduniaan, tidak univesal, piawaian yang berlainan mengikut peraturan setempat, sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan tidak menepati fitrah manusia.

Peranan akhlak sebagai kawalan sosial.

Ketaatan kepada Allah adalah satu konsep yang perlu untuk merealisasikan akhlak sebagai kawalan sosial. Dalam hubungan manusia dengan Allah ia hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan penuh nilai takwa. Ini kerana jika manusia menunaikan perintah Allah dengan nilai yang tidak baik seperti riak menyebabkan hubungan dengan Allah tidak kesampaian. Selain hubungan dengan Allah akhlak juga hendaklah berperanan dalam menjaga hubungan sesama manusia dengan norma-norma Islam sebenar. Oleh itu penulis telah megariskan tiga cara untuk membolehkan akhlak berperanan mewujudkan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Pertama rasa takwa kepada Allah. Kedua rasa cinta yang melahirkan perbuatan yang baik. Ketiga rasa kepercayaan dan keimanan sehingga meninbulkan kesedaran melakukan segala perintah Allah.
Selain itu akhlak juga berperanan sebagai satu pengangan pada masyarakat umumnya dan umat Islam khususnya. Dengan menjadikan Al-quran sebagai panduan untuk diamalkan secara keseluruhannya tidak sekadar sebahagian yang hanya memenuhi kehendak dan citarasa manusia sahaja. Sebagai umat Islam kita percaya Al-quran terkandung segala-galanya, hukum-hukum yang terdapat didalam Al-quran seperti hudud hendaklah dijalankan di sesebuah negara yang dipimpim oleh umat Islam sebagai ketua negara. Ahli masyarakat juga hendaklah mengamalkan budaya berakhlak yang merangkumi nilai luhur dan suci saling menghormati dan bertanggungjawab pada masyarakat.

Peranan moral sebagai kawalan masyarakat.

Moral yang sinonin dengan etika dipandang baik atau buruk, betul atau salah dan definisinya yang sebenar adalah tabiaat atau kebiasaan. Sesuatu perbuatan yang tidak baik tetapi bertujuan baik adalah dianggap tidak bermoral kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Setiap perkara yang hendak dilakukan hendaklah difikirkan baik dan buruknya. Penulis juga membawakan proses kawalan akhlak dan moral dalam masyarakat sebagai kawalan sosial dengan menyentuh beberapa tahap yang perlu dilalui oleh norma dalam kehidupan iaitu cara, kebiasaan, tata kelakukan. Apabila ia digabungkan akan meghasilkan satu adat dalam sesebuah masyarakat. kelakuan yang dibatasi dengan adat-adat yang tertentu telah menjadi satu kaedah dalam proses kawalan sosial.

Kesimpulan.

Akhlak dan moral menjadi tunjang utama dalam mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Keruntuhan moral dan masalah sosial yang semakin meningkat sekarang ini adalah menunjukan kesan manusia yang semakin lalai, hilang adat dan sopan, kurang ketakwaan dan tidak berakhlak. Maka setiap individu hendaklah kembali kepada Al-quran dan Al-sunnah tidak hanya sekadar membaca dan memahami malah mengamalkannya. Ianya juga hendaklah di amalkan oleh pimimpin negara dan di budayakan kepada setiap rakyat yang beragama Islam. Penyelewengan dan penolakan kandungan Al-quran dengan pelbagai alasan seolah-olah melihat Al-quran tidak sesuai pada zaman ini adalah perbuatan menghina Islam dan hendaklah ditentang. Ingatlah manusia yang berakhlak sememangnya bermoral, kerana akhlak merangkumi segalanya. Sebagai hamba Allah dimuka bumi ini hendaklah sentiasa memperbaiki akhlak.

No comments: