Monday, March 10, 2008

Bagaimana Pas Boleh Menang Di Kuala ketil??


Kerusi dewan undangan Negeri DUN Kuala Ketil mempunyai 23,902 pengundi. 80.92% adalah pengundi berbangsa melayu manakala bakinya adalah bukan melayu. Pada Pilihanraya yang lalu sebanyak 82.29% daripada jumlah tersebut telah keluar membuang undi. Saya membayangkan Pas mendapat 60% undi dari pengundi melayu manakala BN pula 40% lagi bermakna seramai 9312 pengundi telah memilih Pas dan 6208 lagi memilih BN. Manakala 73% daripada pengundi bukan melayu yang terdiri daripada 7.16% cina,11.38% india dan 0.55% lain-lain bangsa telah memilih Pas Iaitu sebanyak 2793 undi. BN hanya mendapat 1017 undi daripada pengundi bukan melayu. Hasil dari Pecahan pengundian diatas calon Pas di DUN Kuala Ketil telah mendapat 12105 undi dan calon BN dengan 7225 undi.

Daripada analisis diatas memungkinkan Pas sekali lagi akan menang dalam Piliharaya akan datang kerana lebih 50% pengundi adalah pengundi setia. Pas hanya perlu mempertahan undi yang telah diberikan oleh pengundi dikalangan bukan melayu. Namum bagi pengundi bukan melayu di kuala ketil bukanlah asing lagi dengan Pas faktor calon juga harus diambil kira disini. Jika melihat pada calon yang bertanding calon Pas lebih popular berbanding calon BN. Cikgu Md Zuki seorang calon yang benar-benar berkesan kepada pengundi manakala calon BN Datuk Mohd Firdaus Zakaria pula kurang disenangi oleh masyarakat tempatan kerana beliau adalah berketurunan Mamak. Sama ada tepat atau tidak analisis yang dibuat saya tetap berbangga sebangai salah seorang warga kuala ketil yang turut membuang undi pada 8 mac yang lalu.

sekian dari meja pengarang
rizalmat

1 comment:

Yanaam said...

Hari Sabtu lalu, saya bertemu seorang saudara dari Kuala Ketil. Dia dan isterinya adalah petugas BN di situ. Dia ceritakan kepada saya, walaupun dia petugas BN, tapi memang dia berpakat untuk undi PAS sebab ramai orang tak suka dengan Azeez dan kecewa bila Mashitah tak dicalonkan. Mashitah cerita kat dia bagaimana Khairi tengking Pak Lah depan Mashitah sebelum penamaan calon. Pak Lah diam je.