Friday, March 14, 2008

Inilah Sikapnya



Saya amat tetarik hari untuk memberikan komen tentang penyataan yang dibuat umno Pulau Pinang itu. sikap kurang profesional yang ditunjukkan cukup memualkan saya. Rakyat pulau pinang seolah-olah dipersalahkan kerana mengundi pembangkang. Pada pandangan saya bukan rakyat tidak mahupun pembangunan tetapi rakyat pulau pinang tidak mahupun negeri mereka dipimpin oleh BN lagi. sepatutnya selepas kalah dalam pilihanraya di pulau pinang Umno harus melihat kelemahan sendiri, bukan membuat saranan yang boleh merugikan rakyat sendiri. Jika benar mereka meperjuangkan pembangunan kepada rakyat mengapa mesti menarik balik projek setelah tidak dipilih rakyat lagi. Mungkin rakyat hari lebih matang dari pimpinan Umno tersebut, rakyat telah memilih pemimpin berdasarkan isu yang melibatkan kelemahan kepimpinan yang menerajui negara, mereka semestinya sedar apabila jika kerajaan persekutuan adalah profesional biarpun tukar kerajaan negeri projek yang telah di janjikan tetap akan terus dilaksanakan. Melihat pula kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas ketua menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Su Kon, beliau menyeru agar kerajaan pusat meneruskan projek-projek yang telah dirancang. Disini kita dapat sekali lagi melihat perbezaan diantara orang melayu berpolitik dibandingkan politik orang cina. Orang melayu berpolitik dendam sebaliknya politik orang cina mementingkan kepentingan rakyat, walaupun gerakan kalah dengan pukulan yang amat dasyat yang telah dilakukan oleh rakyat namum sikap yang diambil tidak langsung menunjukkan mereka berdendam mereka sebaliknya nampak seperti menerima pilihan yang telah dibuat oleh rakyat. Isu bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik tidak dapat dijalankan disekolah cina apabila semua parti berasaskan kaum cina sepakat menolaknya walaupun berbeza ideologi, tetapi apabila menyentuh isu kepentingan kaum mereka akan kelihatanlah penyatuan di kalangan mereka. Itulah politik orang cina. Saya ingin menyorok kembali bagaimana orang melayu berpolitik. Lihat sahaja Di kelantan negeri yang ditakbir oleh Bangsa melayu tetapi berbeza ideologi politiknya. Kelantan Telah di anak tirikan selama 18 tahun dibawah Pemerintahan PAS. Mengapa BN tidak serius dalam membantu membangunkan kelantan sesuai dengan kapasitinya sebagai Kerajaan Pusat. Lihat pula Isu sekolah agama rakyat yang disekat bantuan perkapitanya, orang cina tidak membantah akan pemberian bantuan ini tetapi pemimpin melayulah yang menghapuskan bantuan kepada sekolah agama rakyat apabila merasakan sekolah agama rakyat cenderung kepada pembangkang. Siapakah yang rugi? Sudah tentulah melayu Islam yang rugi. Suatu kenikmatan yang tidak pernah dipertikaikan bangsa lain tetapi melayu sendiri yang melakukannya. Sikap pemimpin melayu ini menunjukkan mereka bukan pejuang melayu yang sebenarnya. Saya merasakan penolakkan rakyat terhadap BN dibeberapa negeri semenangjung perlu mengubah pegangan fikrah pemimpin umno kearah yang lebih dinamik.

No comments: