Tuesday, March 18, 2008

Islam Sinar Keadilan dan Keaman DiMalaysia

Tiga hari sebelum pilihanraya saya telah pulang ke kampung. setibanya di kampung di sambut dengan kibaran bendera bulan di sepanjang jalan dari dari pekan kuala ketil sampailah ke kg saya. Pada malamnya abg saya telah mengajak saya pergi ke Sungai Karangan untuk mengikuti satu ceramah ringkas. Sungai Karangan adalah salah satu kawasan pilihanraya di bawah DUN Merbau Pulas. Setibanya disana kelihatan sudah ramai orang yang datang untuk besama-sama mendengar ceramah tersebut. Majoriti yang datang adalah dari kaum india dan cina walaupun ceramah itu di markas Pas. Selepas menunggu kira-kira setengah jam maka penceramah yang ditunggu pun tiba iaitu YB N gobalakrisnan. Laungan makkal sakhti diketuai pengerusi disambut oleh para hadirin. Pada malam tersebut saya begitu terharu sekali mendengar ceramah dari Gobala. Beliau mendoakan agar kerajaan ulamak kelantan Terus bertahan dan kedah juga akan dipimpin oleh kerajaan Ulamak. Beliau menyeru Melayu, Cina dan India mengundi Pas bagi DUN Merbau Pulas. Saya rasa begitu terharu apabila dengan penuh kenyakinan menerangkan bahawa kepimpinan ulamak yang diasaskan oleh TGNA adalah kerajaan yang adil dan amanah dan menyatakan Islam adalah membawa keadilan untuk semua. Saya begitu kagum dengan penerimaan masyarakat bukan Islam dengan pemerintahan Islam. Malangnya Bagi masyarakat melayu sendiri sukar melihat kenyakinan yang begitu kuat kepada dasar pemerintahan Islam. Keadaan ini membuat saya bertambah bersemangat dan yakin telah berada di landasan sebenar dalam mencari kebenaran.

sekian
rizalmat

No comments: