Thursday, April 3, 2008

Mukim Ke 4



Pada Minggu Lalu Krew Program ICT telah berjaya menjalankan program mereka di Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Kg Chenderah. Proram Seterusnya bakal dijalankan Di Pepustakaan Awan Jasin bertarikh 6 dan7 april ini. kepada warga jasin, kami krew Program ICT ingin menghulurkan salam persaudaraan. Kita jumpa disana. Kepada warga jasin juga diharapkan dapat menyertai program ini yang kerana pendaftaran dan kursus yang diberikan adalah percuma. Dengan matlamat menjadikan rakyat Melaka celik ICT maka program ini dilancarkan dan menjadi tanggungjawab setiap penduduk setempat untuk memberikan komitmen anda demi menjayakan misi dan wawasan kerajaan negeri. Mudah-mudahan ianya memberi satu peluang kepada segolongan warga Melaka untuk bersaing dengan kemajuan dan perkembangan dunia ICT global. Masyarakat juga harus mengambil peluang yang sedikit ini agar ia menjadi suatu program yang memberi keuntungan kepada semua, sama-ada kepada penganjur mahupun peserta. Program ICT yang yang akan berakhir pada mukim ke-10 kelak haruslah dijadikan satu tapak untuk mencapai sasaran melahirkan masyarakat celik ICT menjelang Melaka Maju 2010. Masyarakat tidak harus menoleh kebelakang lagi. Sebagai salah seorang Krew program ini saya mengharapkan kedatangan kami disana akan mendapat sambutan yang mengalakkan.


Sekian

Terbuka Minda-Terbuka Hari.

No comments: