Saturday, May 10, 2008

Kepada Semua Pembaca Blog Aku

Ekonomi politik sosial (ekoposial)

Pengenalan

Dewasa ini menunjukkan blog dan blogger sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Ia dipopularkan oleh blogger-blogger politik yang menulis pelbagai cerita-cerita sensasi. Saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai blog dan pemblog(blogger).

Sejarah Ringkas

sebenarnya kebudayaan jurnalisme baru ini(blog) telah muncul sejak tahun 1995 lagi apabila laman web yahoo melalui geocities.com telah memberi perkhidmatan secara percuma kepada sesiapa sahaja untuk menghasilkan laman sendiri. Ia membolehkan pengguna tersebut memasukkan maklumat-maklumat didalam laman mereka dan dipaparkan mengikut tarikh-tarikh maklumat itu ditulis.Perkembangan ini telah memuncak begitu dasyat sekali sehinggalah muncul suatu komuniti yang mula berkembang dinegara-negara maju seperti Amerika, lalu ketika itu munculnya blog. Kemunculan blog yang sangat dasyat apabila meletusnya perang teluk yang kedua setelah George Bush telah melancarkan perang terhadap Iraq. Tentera Amerika telah memasuki kotaraya Baghdad, kisah yang berlaku di Baghdad itu tidak muncul dalam akhbar-akhbar perdana termasuklah siaran-siaran TV ketika itu, tetapi ada penulis-penulis individu telah melaporkan maklumat situasi yang berlaku di Baghdad itu samaada mendapat maklumat terus dari Baghdad atau melalui sumber tertetu.contohnya Blog The Baghdad Bunning. Akhirnya blog ini meletup dan sangat popular sekali ketika itu

Ekoposial

Menurut kajian seorang pensyarah Universiti Malaya, terdapat 500000 laman web blog dinegara ini. Daripada jumlah itu blog Sosial menduduki bilangan tertinggi dan di ikuti blog politik dan seterusnya blog mengenai ekonomi.

Adakah maklumat dalam blog boleh dipercayai

Budaya informasi abad ke21 bukan lagi maklumat itu disampaikan tetapi maklumat itu dibentuk. Hal ini menyebabkan apa sahaja yang terkandung didalam blog itu, walaupun ia hanya pandangan, luahan atau sangat singular peribadi akan menjadi maklumat. Sebagai contoh penulis blog menulis" kecewanya aku jalan mamasuki rumahku begitu teruk" kemudian ia disertakan dengan gambar. Luahan itu bertukar menjadi suatu maklumat kepada pembaca dan penulis blog yang lain.

Kesan Budaya blog

Kebebasan yang dimiliki penulis blog dikhuatiri membawa satu fenomena pemikiran baru dikalangan masyarakat dan rakyat negara ini. Terbaru Raja Petra Kamaruddin telah ditahan Dipenjara dan meringkuk beberapa hari sebelum dibebaskan. Ia menunjukkan blog juga boleh mejerat penulisnya dalam acara jeyanah dan perbuatan tidak sihat. Namun pada pandangan saya kehadiran blog lebih manis dan lebih mendatangkan faedah. Sedarkah kita secara langsung dan tak langsung rakyat negara ini telah menjadi rakyat yang suka membaca dan menulis. Ia bukan sesuatu yang mudah dicapai, dengan hampir 90% rakyat negara ini boleh membaca atau tidak buta huruf maka blog akan terus menjadi medium pemyampaian yang diminati. Bagi penulis blog anda perlulah mempunyai suatu perasaan dan keikhlasan dalam menulis janganlah tulisan-tulisan membangkitkan sesuatu sentimen. Kerana penulis blog yang menulis dengan kreatif dan berdasarkan fakta itu akan diminati ramai.

No comments: