Thursday, June 5, 2008

Hari Ini dalam sejarah

05 June 2008 telah membuka mata sebilangan rakyat malaysia apabila mendengar pengumuman kenaikkan 78 harga petrol dan rm1 diesel. Kerajaan sudah tentulah dengan hujahnya dan rakyat marhaen pula dengan hujahnya. Namun sejak bermulanya kempen pilihanraya lalu DSAI telah mengemukakan satu janji akan menurunkan harga minyak pada 9 mac jika PKR menjadi kerajaan Malaysia. Adakah janji ini hanya sekadar janji, jika meraka (PKR) mampu pula untuk lakukan mengapa kerajaan BN hari ini tidak mampu?. Apakah mekanisma yang ingin diperkenalkan oleh PKR itu. Saya teringat ucapan Naib Presiden PAS dalam satu conference yang menyatakan Minyak akan naik 70 sen jika BN memang PRU12. Ramai yang beranggapan maklumat dan kata-kata beliau itu tidak mungkin. Bah saya sendiri merasa minyak akan naik tapi mungkin sekitar 40 sen sahaja. Beliau dengan nada berseloroh menyatakan kalau tak percaya Undilah BN PRU 12 nanti.

2 comments:

aNoiHalim said...

"kesabaran akhirnya berjaya memberi kenikmatan. Sabar sebahagian daripada Iman"

maka, marilah kita sama-sama bersabar dengan situasi ini... =]

Adillah A Nordin said...

Bulan ini naik 78sen. Bulan depan belum tentu lagi..