Sunday, August 3, 2008

Semangat Yang Hilang

Tatkal tinggal beberapa bulan lagi saki baki perjuangan aku sebagai seorang pelajar, tiba2 saja semangat ku untuk belajar semakin. Diburukkan lagi dengan pelbagai perasaan yang tak diingin menyenak di kepala. Sebanyak mana pun buku rujukan, sebaik mana pun pensyarah, selaju mana pun inernet tiada guna lagi jika semangat sudah hilang. Tiada disiplin, bgn lewat, tido tak menentu, makan tak menentu mandi juga tak menentu, teringatkan itu teringat ini, nakkan itu nakkan itu, kurang itu kurang ini semuanya serba tak kena. aku mencari di mana kawan, di mana sahabat, di mana teman di mana anda atau sesiapa lagi yang boleh aku cari untuk redakan semangat aku yang hilang, kembalikan semangat itu, kembalikan kekuatan itu. Apakah sebenarnya kesudahan kisah kehidupan ini. Di mana panduan, di mana pedoman, di manakah ikuan?

Berat...berat. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

3 comments:

PriNCeSs iFa said...

dun give up...
chayok2...

Ahmad Zaharim said...

Rizal, ingat betul ifa (aka tipah) pada awak! saya buka-buka je blog awak comment dia dah ada.

Nanti saya komen blog awak kemudian.

Einsteiny said...
This comment has been removed by the author.