Wednesday, September 3, 2008

Ayuh Bersama Iringi Anwar ke Putrajaya 16 september ini

ref; Malaysiakini
PKR jangka lebih 40 MP lompat parti

"Tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap besar."

Dengan penuh yakin, Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangka lebih 40 ahli parlimen akan melompat dari Barisan Nasional (BN).

Beliau membuat kenyataan tersebut di tengah-tengah laporan bahawa pemimpin tertinggi PKR bertemu dengan pemimpin sebuah parti komponen BN di Kota Kinabalu pagi ini yang berikrar untuk menyokong rancangan pembangkang itu.

Ng berkata, di samping ahli-ahli parlimen individu, beliau menjangka bilangan wakil rakyat BN yang mencukupi akan menyertai Pakatan untuk memboleh pembangkang mendapatkan jumlah yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan pada tarikh 16 September ini.

4 comments:

Pemikir Jalanan said...

ni macam copy paste jer.. hahaha

Budak Kampung Kita said...

kan dah tulis ref:malaysiakini xpaham lagi ke?

Adillah A Nordin said...

Pertama kali saya visit blog awak berwajah baru... Kemas & lebih menarik.

Selamat menyambut bulan Puasa & semoga amalan diberkat Allah.

Budak Kampung Kita said...

terima pn kerana visit ke blog ni.