Tuesday, September 2, 2008

16 Sept Sejarah Baru Malaysia


Gambar diatas adalah satu soalan undian yang dilakukan oleh sebuah laman portal berita bebas klpos Hasil undian terkini menunjukkan 90% pembaca laman web tersebut yang menyertai undian menyatakan Ya iaitu yakin Anwar mampu bentuk kerajaan persekutuan pada 16 september.

Dengan slogan menawan putrajaya Anwar telah berazam dan menjadikan agenda utama perjuangannya sekarang. Kini agenda dan cita-cita Anwar ini telah menjadi agenda dan cita-cita perjuangan Pakatan Rakyat, malah seluruh penyokong dan pengdokong perjuangan Pakatan Rakyat. Dikalangan rakyat yang semakin bencikan BN dan bosan dengan kerajaan sedia ada mereka menunggu detik bersejarah itu dengan penuh harapan, Malah ada yang bernazar akan berpuasa sehari sekiranya Anwar berjaya melaksanakan agenda tersebut.

Hanya tinggal 14 hari atau 2 minggu sahaja lagi menjelang tarikh tersebut, di sesetengah tempat perbualan mengenai menawan putrajaya semakin jelas digambarkan. Apa juga yang terjadi sama-sama kita nantikan dan persoalan yang perlu difikirkan adalah Apakah nasib Umno-BN sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya 16 sept 2008?.

No comments: