Sunday, February 8, 2009

Rampasan Kuasa Di Perak

Alhamdulilah pada malam ini aku diberikan kesempatan untuk membuat sedikit catatan ringkas agar menjadi satu imbauan kenangan dalam sejarah hidup aku dan sejarah politik malaysia. Tiada niat provokasi atau tanpa sebarang perasaan desprate aku menulis entry ini. Walaupun hakikatnya aku banyak tugasan yang perlu disiapkan namun detik bersejarah ini tidak akan dilupa untuk diabadi di laman blog tercinta ini.

Setelah beberapa hari aku mengambil peduli dan mengikuti perkembangan ketidaktentuan politik yang berlaku diperak, maka mengambil kesempatan ini untuk membuat sedikit kesimpulan peribadi. Mengulas laporan beberapa portal web berita arus perdana yang menyatakan bahawa perlantikan Dr. Zambry menyelesaikan ketidaktentuan politik di Perak adalah tidak tepat bahkan amat terpesong daripada keadaan sebenar. Perlantikan itu juga adalah amat meragukan berikutan DS Ir Nizar masih belum meletakan jawatannya secara rasmi. Berdasarkan ulasan beberapa pengamal undang-undang yang menyatakan Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan dan hanya boleh dijatuhkan melalui dua cara.
  1. Sultan membatalkan perlantikan Nizar dan memanggil untuk mengadakan semula Pilihanraya negeri Perak.
  2. Melalui Usul tidak percaya ahli dewan undangan negeri Perak.
Apabila diikuti siaran langsung tv1 baru-baru ni, aku amat hairan dengan pengerusinya yang sering menyatakan inilah menunjukkan kematangan politik malaysia. apakah maksud dia??? apakah rampasan kuasa oleh perasuah kematangan politik??? mereka(rtm) bercakap soal kematangan politik tetapi bagi aku kematangan politik tiada langsung pada mereka, kedua-dua orang yang bercakap dalam forum tersebut terlalu bias. Media utama yang mudah dicapai oleh setiap rakyat terlalu bias. Apakah ini kematangan politik...

Kita lupakan isu diatas kita cuba renungkanlah sampai bila kita nak macam ni dalam membeli barang pun kita diberi option inikan pula nak pilih pemimpin. aku amat tidak bersetuju penggunaan media altenatif seperti internet ia tidak menyeluruh dan tidak sentralize.

untuk penutup entry ini aku secara jujur ingin merayu kepada sultan Perak mengembalikan kuasa kepada rakyat, Tuanku buatlah yang terbaik untuk rakyat Perak.
sekian
LailahailAllah...

No comments: