Saturday, May 16, 2009

Krisis Perak: Pilihan raya akan wujudkan polarisasi kaum - Kata Nazri

KUALA KANGSAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata desakan supaya diadakan pilihan raya negeri Perak bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu hanya akan mewujudkan polarisasi kaum.

Beliau berkata dalam keadaan politik sekarang, sentimen perkauman begitu menonjol dan dikhuatiri para pengundi akan memilih calon daripada kalangan bangsa sendiri.

Begitulah bunyi komen menteri jaga parlimen Nazri Aziz yang menolak pilihanraya baru untuk rakyat memberi mandat baru mereka kepada kerajaan Perak. Laporan ini dipetik dari akhbar dalam talian Mstar dan beliau menambah lagi.

"Buat apa kita adakan pilihan raya sekiranya memecahbelahkan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak Mesyuarat Agung CawanganCawangan Umno Bahagian Padang Rengas di sini hari ini.

Katanya pilihan raya negeri Perak juga hanya akan menyebabkan perbelanjaan besar duit rakyat kerana dianggarkan kos sebanyak RM40 juta diperlukan kerana membabitkan 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagi saya memanglah pengundi akan memilih calon dari kaumnya sendiri kerana bagi kawasan yang majoritinya Cina misalannya sudah tentu kedua-dua pihak (PAKATAN dan BN) akan meletakkan calon berbangsa Cina. Manakala bagi kawasan yang majoriti penduduknya adalah India diletakkan calon berbangsa India dan begitulah juga kawasan majoriti melayu. Namun begitu bagi kawasan yang majoriti melayu dan bukan melayu agak seimbang calon-calon mungkin berbeza mengikut kaum bagi kedua-dua parti ini.

Sekiranya diteliti dengan jelas tiada sebarang masalah atau lebih jelas tidak berlaku polarisasi kaum kerana mereka tetap mengundi di kawasan yang sama seperti pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Mereka sudah tentu tidak akan beramai-ramai mengubah tempat mengundi yang hanya meletakkan calon sebangsa dengan mereka. Oleh itu Apakah fakta yang disandarkan oleh menteri jaga parlimen ini yang menyatakan pilihanraya baru akan menyebabkan berlaku polarisasi kaum?

Pasir panjang misalannya kawasan DUN Hj. Ir. Nizar dimana lebih 65% adalah melayu dan selebihnya bukan melayu. Hj. Ir. nizar telah ditentang oleh calon dari MIC iaiti Dr. S. Vasan. Hj. Ir. nizar telah menang dengan majoriti 4,474 undi. Daripada jumlah majoriti yang diperolehi sudah tentulah mengundi bukan melayu juga banyak mengundi Ir. Nizar yang memungkin beliau mendapat majoriti yang besar. Daripada situasi semasa menunjukkan sokongan kaum bukan melayu adalah amat berpihak kepada PAKATAN, hal ini telah menunjukkan dakwaan yang dibuat menteri jaga parlimen tidak berasas. Dan jika benar sekalipun apa yang didakwa beliau, pastilah ia menguntungkan kaum melayu kerana kebanyakkan kawasan yang majoriti agak seimbang akan diletakkan calon bukan melayu oleh BN dan calon Melayu oleh PAKATAN.

Ps: Apa yang ditulis di atas hanyalah cerita donggeng semata-mata, tiada kena mengena dengan sesiapa, sekiranya ada itu kebetulan sahaja.

No comments: