Monday, October 29, 2012

Bersalin Dengan Doktor Pakar Lelaki

Bersalin Dengan Doktor Pakar Lelaki

Soalan

Saya bercadang untuk bersalin di Hospital swasta dengan berbidan doktor pakar lelaki. Walaupun terdapat pilihan doktor pakar perempuan tetapi saya lebih yakin dgn doktor lelaki tersebut kerana testimonial yang diberikan oleh pesakit-pesakit sebelum ini.

Bolehkah saya teruskan niat untuk berbidan doktor pakar lelaki tersebut?

Sekian, terima kasih.

Jawapan Panel JAKIM:

Waalaikumussalam,

Menurut ulamak dan para sarjana Fekah dalam agama islam, anda wajib mengutamakan doktor atau bidan perempuan terlebih dahulu sebelum menempah pakar perbidanan lelaki semasa bersalin.Ini kerana agama Islam tetap memelihara batas aurat seorang wanita apabila berhadapan dengan doktor lelaki yang tiada hubungan kekeluargaan.

Sekiranya anda telah cari dengan bersungguh-sungguh ternyata memang tiada doktor perempuan maka ketika itu HARUS HUKUMNYA anda menempah doktor perbidanan lelaki untuk menguruskan anda ketika bersalin TETAPI DENGAN SYARAT ANDA HENDAKLAH DITEMANI OLEH SUAMI @ ADIK BERADIK PEREMPUAN SEMASA ANDA BERSALIN.Wallahu a'lam.

No comments: