Wednesday, October 31, 2012

dari 100 ke 118 pulak dah...


Dah tambah Tingkat duit pun comfirm2lah tambahkan. Projek untuk kroni atau untuk rakyat?

Menara Warisan Merdeka 118 tingkat, kata kementerian
Walaupun penafian awal oleh syarikat pemaju, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, tetapi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengesahkan bahawa ketinggian Menara Warisan Merdeka,  memang akan ditambah menjadi 118 tingkat - daripada 100 tingkat yang dirancang.

Kementerian berkenaan mendedahkan demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun semalam.

azlanPNB sebelum ini telah menafikan dakwaan aktivis warisan, Teoh Chee Keong bahawa ketinggian menara itu akan ditambah kepada kira-kira 120 tingkat.

Jawapan bertulis itu juga mengesahkan bahawa projek ini akan melibatkan pengambilalihan tanah swasta sekitar tapak menara serta tanah kerajaan bagi projek tersebut, serta pembinaan jalan akses tambahan.

Sekali lagi, ini bercanggah dengan penafian PNB bahawa tiada tanah swasta yang akan terlibat. MK

No comments: