"Kita bagi kepada penjawat awam bonus 1 bulan setengah gaji!"
Penjawat awam:
"Terima kasih PM!!! Janji Ditepati!!!"
Pekerja swasta dan bekerja sendiri:
Oklah kita jangan nak komplen banyak, dapat penurunan kadar 1% cukai pendapatan LHDN tu pun kira dah ok lah...
Tapi takpe ke turunkan cukai ni? Kan pekerja swasta dan yang bekerja sendiri malah pekerja gomen sendiri bayar cukai banyak2 supaya kerajaan dapat beri bonus kat pekerja gomen kan? Kalau cukai turun camna gomen nak bayar bonus banyak2 sampai 1 1/2 bulan gaji kepada 1.4 juta kakitangan gomen kaan...
Penuntut universiti:
"Yeah sukanya dapat rebat RM200 leh beli iPhone 5!!!"
Agak2 la kalau nak berlakon pun. Tak payah la poyo beria2 sangat gembira. Rebat RM200 untuk smartphone? Kau gembira sakan apa hal? Sejak bila smartphone menjadi keperluan penuntut universiti? Kalau dapat rebat RM200 pun, baki kos harga smartphone tu mak bapak kau jugak yang nak kena tanggung, ataupun kau guna duit PTPTN beli smartphone? Lepas tu lagi ada yang mau suruh mansuh PTPTN, ingat rakyat Malaysia bayar cukai untuk subsidi korang beli smartphone ke?
Kalau dia gembira dengan pengumuman pemberian diskaun PTPTN 20% bagi yang bayar sekaligus & 10% yang bayar konsisten takpe juga. Takpe aku faham, dia hanya berlakon sahaja untuk suratkhabar tu. Ada lagi mana2 penuntut yang nak melompat2 gembira sambil menari tunggang kuda Gangnam Style bila dapat rebat RM200?
Dan sejak bila pula juga smartphone boleh jadi keperluan asas manusia untuk hidup sampai boleh nak bagi rebat? Dah la smartphone tu mahal2, dah tentu la yang mampu beli smartphone tu orang2 yang banyak duit, kalau orang berpendapatan rendah rasa2 mampu ke dia nak beli smartphone? So buat apa nak bantu lagi orang yang dah memang berduit dan mampu beli smartphone? Baik bantu orang2 berpendapatan rendah yang tak mampu beli handphone, belikan handphone yang berharga RM200 pun diorang dah bersyukur.
"Yeah dapat beli buku lagi... tapi bukan buku sahaja, kami dapat beli alat tulis, pensel kaler, novel cinta, buku resepi memasak, CD-R/DVD-R, mouse, keyboard, headphone dan segala jenis bendayang dijual di kedai buku MPH dan Popular tu"
Penerima BR1M yang layak (dan penyokong BN):
"Kami berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana beri Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 ini. Kepada penyokong pembangkang yang selalu kutuk2 kerajaan tu, kalau ada maruah tak payah la ambik bantuan BR1M ni, mintak je bantuan pada Anwar Ibrahim, dia kan ada jet peribadi dan ditaja oleh Soros Yahudi. Tapi kalau tak malu juga mintak la duit bantuan tu dari kerajaan yang korang duk kutuk2 tu"
Bantuan BR1M 2.0, pemberian secara cash kepada RM500 bagi keluarga seisi rumah dan RM250 bagi bujang yang layak. Baguslah bagi bantuan pada orang yang berpendapatan rendah, tapi 2 je aku mintak:
1. Masa nak bagi bantuan tak payah nak buat majlis grand2 gila babi nak tunggu YB atau wakil2 rakyat kawasan bagi kat sorang2 penerima yang layak, serious sangat menyusahkan dan nampak macam kesian sangat terpaksa beratur panjang2 semata2 nak tunggu YB datang dan bagi baucar. Apa salahnya masuk je terus ke dalam akaun bank penerima ataupun yang layak boleh tuntut kat pejabat pos ke, Pusat Transformasi Bandar dan Luar Bandar (UTC & RTC) yang berjuta2 tu.
2. Penyokong2 BN tak payah nak bising sangat kata penyokong pembangkang itu ini la tak layak ke tak berterima kasih pada kerajaan la tak malu la, sebab masa nak kutip cukai pendapatan ke cukai perniagaan ke cukai pintu ke cukai tanak ke cukai makan kat McD KFC ke dan segala jenis cukai, takde pulak hanya penyokong BN sahaja yang kena bayar cukai, semua orang pun kena bayar cukai tak kira la penyokong BN ke PR ke, tapi apsal bila nak bagi bantuan boleh ungkit2 pulak kata penyokong pembangkang tak layak dan tak malu? Kenapa formula matematik politik sangat ****h?
Pekerja berpendapatan bawah RM3000:
"Yeah ada diskaun, lepas ni kita naik komuter ramai2 ya"
Bagusnya pekerja yang berpendapatan rendah dapat diskaun tambang KTM (Keretapi ke komuter ke), lepas ni mungkin la makin sesak komuter orang naik nak pergi ofis dan mungkin ramai la yang tipu payslip untuk dapatkan kad diskaun. Cuma aku rasa macam agak kontra, orang kaya dibantu untuk beli smartphone, orang miskin digalakkan supaya naik keretapi...
Pemakan makanan:
"Harga gula saja naik maaa, makanan lain talak naik punya woo"
Mana boleh talak naik. Harga gula naik sama saja macam itu minyak naik, macam itu domino juga. Kebanyakan makanan semua pun pakai gula juga, buat roti pakai gula, gulai pakai gula, teh tarik pakai gula, milo ais pakai gula, kuih raya pakai gula, macam2 pun pakai gula. Haiya tak logik betul harga gula naik makanan lain tak naik. Cuba pergi mamak 2 3 minggu lagi mesti ada makanan naik punya, masa tu orang sudah lupa maah pasal harga gula naik.
Dulu masa subsidi gula naik mau kekalkan harga gula, kata mau kurangkan beban rakyat.
Ini kali kalu subsidi gula kurang, harga pula sudah naik. Kenapa tak mau kata kerana mau tambahkan beban rakyat. Kenapa mau kait pula dengan pesakit diabetes? Adakah dengan naiknya harga gula, orang akan kurang guna gula dan pesakit diabetes akan kurang? Sama seperti tepung, ayam, beras dan yang seangkatan dengannya, naiknya harga barang2 tu takkan mengurangkan penggunaan benda2 tu, cuma kita perlu bayar lebih je untuk beli barang2 tu. Seperti juga minyak, naiknya harga minyak takkan mengurangkan penggunaan minyak dan jumlah kenderaan di jalanraya, sebaliknya orang terpaksa bayar lebih untuk beli minyak. So naik turun harga gula takde kaitan dengan jumlah pesakit diabetes kat Malaysia ni. Adakah kalau harga gula murah orang akan beramai2 beli gula dan guna gula banyak2 dalam masakan?
Aku tak kisah pun kalau harga gula naik atau turun, tapi alasan naik atau turun tu kalau boleh bagi la cerdik sikit. Bukan nak cakap aku lebih cerdik dari orang yang sediakan teks ucapan bajet Najib Razak tu, tapi masalahnya alasan tu memamg ****h sangat. Masa subsidi gula dinaikkan bagi mengekalkan harga gula bulan Januari 2012 hari tu takde pulak nak kait dengan pesakit diabetes cakap harga gula kekal untuk mengekalkan jumlah pesakit diabetes sedia ada?
Pembeli rumah:
"Nak rumah murah undi ya kita buat lucky draw sekarang"
Rumah2 PR1MA je lah yang murah sikit, itupun nak beli kena buat cabutan undi macam lucky draw. Rumah2 lain harga masih lagi cekik darah. Kat Lembah Klang ni, tak layak nak buat loan lebih RM300K, apartment jelah yang boleh dibeli, itupun harga masih lagi lebih RM100K. Nak rumah teres 2 tingkat 20 x 70 tu lot tengah je pun, ada la antara RM300K - RM600K ikut kawasan. Tapi yang bestnya banyak pemaju2 buat banyak rumah yang bapak besar gila babi harga pun RM1 juta ke atas. Aku pun naik sangsi ramai sangat ke orang kaya kat Malaysia ni sampai developer buat banyak rumah harga juta2?
Pembeli kereta tempatan:
Takde ke nak turun sikit harga kereta tempatan dan import? Tak pun buat Kereta Rakyat Mampu Milik 1Malaysia (KRMM1M) ke? Penat je buat banyak post pasal kereta:
· Kereta Malaysia memang best sangat
· Kereta paling sesuai untuk rakyat 1Malaysia
· Harga kereta turun impian semua
· Proton antara bangga dan kecewa
Sumber2 dari Berita Semasa. Lain2 intipati Bajet 2013 boleh baca di Sinar Harian. So apa kata anda dengan bajet terakhir sebelum PRU-13 ni?
Oh ya, saper yang layan tengok video Najib kat Youtube sesi Google Hangout pukul 9 tadi? Iklan promosi dia Najib cakap LOL tak boleh blah.
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar
Ada sape2 tak yang soalan #TanyaNajib nya dibalas? Komen box kat Youtube, Twitter, Facebook laju gila, aku post komen pun sekejap je dah hilang turun kat bawah. Popular betul PM kita ni ya dikalangan penyokong BN dan penyokong PR masing2 berebut nak tanya soalan, dan like/dislike bar macam main tarik tali, kejap like naik kejap dislike naik, lawak pulak tengok. Tapi kenapa aku tengok orang2 yang tanya soalan tu orang yang sama je dari London la mana la, soalan2 dia pulak skema2 gila. Dah ada skrip ke? Macam mana diorang pilih orang dan soalan yang ditanya melalui Twitter dan Facebook?
Ni antara soalan2 yang konfirm takkan dijawab dan dilayan, antaranya soalan mengarut budak2 sekolah yang tak habis SPM, pasal kelemahan dan rahsia kerajaan dan juga pasal Rosmah...
Kalau semua camni kan bagus, mesti Najib akan layan soalan2 korang...
Ahh aku bingung, stresss!
No comments:
Post a Comment