Najib enggan ulas isu hilang kerja kerana hudud
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas kenyataan
Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan
hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.
"Saya tak nak
komen (perkara itu)," katanya ringkas dalam sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.
Kenyataan Chua semalam menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA.
Ketua pemuda PAS Nasrudin Hasan mendakwa pemimpin MCA itu meracau-meracau dan cuba menjadi hero kartun apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Nasrudin
juga berkata Chua tidak profesional kerana mengeluar kenyataan
“dangkal”, “melucukan” dan “tidak berasas” itu, dengan hanya
bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali.
Manakala PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.
Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

Chua menimbulkan
dakwaan itu dalam satu blog video dan di Facebook semalam, dengan
memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali.
Beliau
menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud
dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands,
pusat pertaruhan dan juga rumah urut.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya. MK

No comments:
Post a Comment