Soi Lek: negara amal hudud antara yang 'paling korup'
Presiden
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang
melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak
stabil dan tidak selamat.
Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara namun menggunakan dakwaan itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.
"DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya.
Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri.
Chua menyerang slogan Ubah DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS". MK

Tak habis-habis Soi Lek cuba bermain dengan Isu Hudud. Samada beliau ketandusan idea ataupun sengaja ingin menghina Hukum Islam tersebut?. Adakah masyarakat cina bersetuju dengan pandangan dan pendirian Soi lek. Tidak nak kepada Islam tidak menjadi masalah tetapi janganlah mengecilkan dan menghina hukum-hakam dalam bukan agama kamu. Kekorupan sesebuah negara bukan disebabkan hudud sebaliknya kerana pemerintah negara itu sendiri. Soi Lek sengaja mengaitkan korup dengan sesuatu yang tiada kaitan langsung. Sudahlah wahai rakyat Malaysia ayuh Tolak BN.
No comments:
Post a Comment