By Kleopatra Zachariah | Yahoo Newsroom – Wed, Oct 10, 2012 1:48 PM MYT
NABILA Huda si pelakon yang kini sedang hangat dengan drama bersiri “Julia” sekali lagi naik carta kontroversi kerana didakwa terlalu seksi sewaktu menghadiri majlis “Anugerah Blokbuster 2012 anjuran syarikat televisyen berbayar di Stadium Melawati, Shah Alam hujung minggu lalu.
Dress hitam rekaan Aliabastamam yang disarung Nabila nampak cukup cantik pada badannya. Namun ada yang sakit mata melihat belahan gaun tersebut sehingga melepasi peha serta mempunyai bukaan pada bahagian antara dada dengan sedikit badannya. Lantas anak perempuan vokalis Amy Search ini dihentam teruk sebab dikatakan tidak sensitif dan terlalu seksi.
Nabila pula yang sudah lali dengan kritikan berkaitan dirinya seksi, mengatakan gaya tersebut hanya satu ekspresi fesyen bagi orang yang gila fesyen sepertinya.
“Saya bukan berbogel pun. Saya pakai jeans dan t-shirt pun orang pernah kata seksi. Kali ini pun orang kata seksi. Terpulanglah, tapi saya tak anggap ia terlalu seksi,” ujar Nabila membela diri sekali gus menegaskan sebagai seorang dewasa dia sedar akan tindakannya dan bertanggungjawab penuh terhadap setiap keputusan yang dibuat.
Bagaimanapun, pelakon ini tidak juga angkuh. Walau mengatakan dirinya suka berfesyen dan penampilan pada malam itu tidak keterlaluan, dia tetap meminta maaf kepada sesiapa yang menyampah dan berasa dirinya seperti jahil hukum agama dengan berpenampilan seperti bintang Hollywood pada malam itu.
Katanya: “Saya minta maaf kepada semua pihak sekiranya pakaian saya membuat ramai yang tidak selesa. Saya tetap akan berfesyen selepas ini. Bukan bermaksud saya tidak belajar daripada kesilapan lalu, tapi saya memang seorang yang gemar berfesyen. Hanya selepas ini saya akan lebih berhati-hati.”
Nabila kemudian merayu agar khayalak tidak terlalu cepat menilai seseorang melalui penampilan mereka. Malah, jangan juga cepat menjatuhkan hukum kepada individu yang suka berfesyen sepertinya. Ini kerana ia bukan lambang seseorang itu jahat. Malah katanya juga, jangan terkejut jika dirinya diberi hidayah untuk berubah imej seperti berhijab pada masa terdekat atau akan datang.
Selain itu pelakon berusia 27 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan ini juga berharap agar masyarakat lebih memberi fokus terhadap kariernya.
“Adalah lebih baik orang mengkritik hasil kerja saya sebagai pelakon daripada mencari kesalahan saya dalam berfesyen atau sebagainya. Saya lebih rela orang kritik tentang bakat saya kerana dunia lakonan dan fesyen adalah dunia yang berbeza buat saya,” katanya lagi.
Komen budak kampung kita, sayanglah kalau muka cantik dan seksi bila mati masuk neraka. Bukan nak kata sapa-sapa ahli neraka. Tetapi hanya ingin membuat perbandingan seorang yang cantek tapi ke neraka dan seorang tiadak cantek ke syurga. Sudah tentu yang tidak cantek akan lebih bahagia. Kepada kawan-kawan dan sauadari -saudari sekalian jangan dedahkan aurat anda. Sebenarnya default setting anda sudah seksi dan cantek,(UAI). Ingat Tutup Aurat adalah wajib bagi semua muslimin dan muslimat. Jadi jagalah kewajipan agar kita mendapat kasih sayang Allah.
Sekian.
1 comment:
aku tak setuju siapa kata cantik tu seksi dan tak cantik tutup aurat. betapa ramai yang cantik tp menutup aurat dan betapa ramai lagi yang tak cantik tp dedah aurat. tak adillah cantik masuk neraka sedangkan dia menutup aurat (dan menjaga perintah Allah lain) manakala yg tak cantik masuk syurga sedangkan dia tidak menutup aurat (dan mati tanpa bertaubat atasnya). to be precise, antara si seksi nabila huda dan bertudung diana amir, siapa lebih cantik dan siapa yg lebih hampir kpd menutup aurat skrg ni?
Post a Comment