Wartawan Sinar Harian
23 Oktober 2012
Wacana Sinar: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin
BERIKUT intipati hujah diketengahkan oleh ahli panelis Wacana Sinar Harian Ke-15: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin
Wacana Sinar: Moderator Dr Maszlee Malik mulakan sesi wacana.
Wacana Sinar: Anggota panelis berhujah, mula dengan Datuk Dr Siddiq Fadzil, diikuti Dr Asri dan kemudian Syahrin Md Jamaludin dari Pemuda Umno
Dr Siddiq: Memulakan bicara dgn tegas ramai pemimpin lupa tentang makna kepimpinan
Siddiq: Tajuk wacana yang sangat menarik ketika ramai ulama/pemimpin yg terlupa erti dan definisi kepimpinan
Siddiq: Mereka sangka jadi pemimpin senang. Jadi pemimpin itu susah
Siddiq: Pemimpin tanggungjawab sangat berat dan besar. Mereka sangka jadi pemimpin mudah
Sidiq: Ramai ulama terlupa tugas lupa penasihat, pendidik, terlupa erti pemimpin
Sidiq: Pemimpin itu tanggungjawab bukannya hanya orang besar yang pandai mengarah
Sidiq: Kalau mahu jadi ulama jangan kecualikan Nabi Musa yg menasihati Firaun, bila pegang kuasa itulah cabarannya
Siddiq: Ulama adalah waris para nabi
Siddiq: Kalau rakyat selalu disalah kerana tidak mahu tunaikan tangungjawab, kesalahan pemimpin ambil yang bukan hak mereka
Siddiq: Ramai pemimpin lupa kepada makna kepimpinan sebenar
Dr Asri: Rasa patut ulama muda Umno ada di wacana supaya boleh bincang secara terbuka sebab ia libatkan isu rakyat
Dr Asri: Agama ada kekuatan tersendiri. Tokoh-tokoh agama diheret untuk dapatkan pandangan politik
Dr Asri: Ulama terbabit dlm perkara ini. Sudah lama berlaku di mana ulama tampil beri pandangan di depan pemerintah
Dr Asri: Bukan sesuatu yg baru. Ulama ini bagaimana? Boleh kritik pemerintah secara terbuka atau tidak?
Syahrin dari Pemuda Umno beri penghargaan kepada Sinar Harian kerana beri peluang berganding dgn panel hebat
Syahrin: Orang muda mudah guna 'title ulama'. Kepimpinan Rasulullah duhulu tidak dpt dinafikan tetapi bagaimana tafsiran ulama sendiri
Syahrin: Persoalan orang yang mudah dedahkan diri ulama untuk kaut keuntungan
Syahrin: Ramai yang eksploitasi tafsiran ulama dan tertipu
Syahrin: Hanya dalam seminggu dah boleh fatwakan macam-macam. Adakah semudah ini tafsiran masyarakat kepada ulama?
Syahrin: Adakah org yang kuasai ilmu agama benar-benar digelar ulama? Bagaimana pula dengan orang berilmu? Tokoh ilmuan?
Soalan moderator: Nak tegur secara senyap atau tegur secara terangan?
Dr Asri: Dosa manusia ada 2 iaitu zina dan minum
Dr Asri: Tidak patut cakap di khalayak - dalam hadis kata suruh tutup aib orang lain
Dr Asri: Keseluruhan rakyat M'sia Muslim setuju. Ulama mesti brperanan tegur pemerntah
Dr Asri: Bila melibatkan 'publc interest' kena bahas secara terbuka. Kita tak patut maki. Jadi org profesional.
Dr Asri: Kritik kesalahan dan pengurusan tap pilih perkataan yg elok seperti manusia yg bertamadun; perkataan yg tegas dan bermaksud
Wacana: Soalan moderator "peranan ulama dalam Umno"
Syahrin: Setuju dengan Asri ulama boleh menegur. Beri kefahaman yg jelas tentang ulama iaitu yg tawaduk dan menyumbang dalam agama Allah
Syahrin: Kesan ilmu itu juga boleh diguna. Ulama diharap berada dalam masyarakat menegur pemimpin, antara tugas ulama
Syahrin: Hanya krn mengatakan Umno tutup pintu, pemimpin telinga paling panas setahun sekali
Syahrin: Umno juga akan buat musyawarah, ditegur, salah satu platform utk menegur
Syahrin: Ruang utk menegur sentiasa ada tetapi sejauh mana ulama sanggup guna platform? Tepuk dada tanya selera
Syahrin: Mungkin ada perkara-perkara yang perlu khidmat pakar, jadi perlu sokongan ramai, pakar spt ulama utk mendengar masalah di bawah.
Wacana: Moderator sempat sindir adakah Syahrin ulama. Bagaimanapun dinafikan
Dr Asri: Peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru telah berlaku sejak zaman dahulu
Dr Asri: Tokoh agama diheret dalam usaha mendapat pengaruh politik
Dr Asri: Kalau ulama masuk Umno, mereka hanyut.
Dr Asri: Ini soal budaya Umno itu sendiri. Saya bukan aktivis pas atau mana-mana parti
Dr Asri: Persekitaran agama tidak begitu kuat
Dr Asri: Soalan, sejauh mana ulama itu boleh ditegur? Pas belum jd pemimpin negara, tidak boleh dibahas skrg
Dr Asri: Dulu umno terlalu selesa dia sgt sombong sehingga tidak boleh ditegur. Tegur peringkat atasan esok 'tau akibatnya'
Dr Asri: Masalah dlm parti pemerintah, apabila tokoh agama masuk ke dalamnya. Mereka hanyut.
Sidiq: Ulama harus ikut realiti dan realiti akan sentiasa berubah
Sidiq: Ulama memperhitungkan perubahan realiti dan ulama akan mengundurkan diri jika maruah diperkudakan
Sidiq: Dalam politik pendapat ulama dilihat tidak penting
Dengan berseloroh, Sidiq berkata: Yg penting adalah pendapatan
Siddiq: Itulah realitinya peranan ulama sekarang
Dr Asri: Ulama mesti tegakkan keadilan sosial dalam masyarakat
Dr Asri: Jangan raikan ulama yg mengampu
Dr Asri: Ulama pun keluar fatwa, bagi duit dapat pahala
Syahrin menjawab: Umno buka pintu seramai mana tokoh utk berjuang demi agama
Syahrin: Kesannya PRU2008 perlu peralihan kuasa, dengar suara akar umbi, Umno dah buat sejak dulu.
Syahrin: Yang menegur pemimpin tetap ada
Moderator wacana sempat sindir lagi, mengajak pemimpin utk berdebat.
Menjawab soalan moderator, Syahrin kata itu topik lain.
Sidiq: Masalah orang merasa dan mengaku dirinya ulama, tapi dalam Islam ulama itu diiktiraf oleh org berdasarkn ilmu
Sidiq: Intertgriti moral dan teladannya dalam masyarakat tapi bukan hanya bg ilmu mendidik tapi menjadi contoh
Sidiq: Kalau ulama tak takut pada Allah tapi takut pada bosnya iaitu bukan ulama
Sidiq: Sudut pandangan ulama mesti ada pakej nas dan realiti
Sidiq: Dua Alam, kita perhitungkan perubahan realiti, ada waktu ada partisipasi dan pada waktunya...ikut waktu demi maruah, dan ada waktunya saya digoda juga
Sidiq (nada gurau): Dalam politik lain, pendapat tidak penting yang pentingnya pendapatan
Wacana Sinar Harian ke-15 mula berubah rentak, panel boleh mencelah antara satu sama lain semasa berhujah
Wacana Sinar: Syahrin perlu bela diri sebagai wakil Umno
Syahrin: Menjadi sekadar biro agama tidak cukup, kerana demand masyarakat dalam setiap parti politik tak sama
Syahrin: Walaupun sebagai Ketua Pemuda kena bijak dalam hal ekonomi, bukan hal agama saja
Syahrin: Kerana ia satu keperluan kalau tidak akan dilihat sebagai pemimpin yg tidak bersedia
Dr Asri rasa Umno suburkan budaya hulur, bukan beri pandangan baik
Dr Asri: Berlaku budaya spt ini dalam umno, jadi ulama perlu tegakkan keadilan sosial dalam masyarakat.
Dr Asri : Kita didik masyarakat jangan meminta-minta dr pemimpin tapi bila mahu berhenti?
Sidiq: Konteks sekarang, secara objektif, politik wang adalah kenyataan, kalau naik mesti dengan duit
Sidiq: Maksudnya jika ada yg sudah biaya dengan duit mesti ada balasannya
Sidiq: Penyakit politik wang ini juga berlaku di peringkat global; pemimpin diambil alih oleh pemodal spt membeli undi
Sidiq: Pemimpin perlu guna kitab, kalau sesiapa pun salah termasuk raja perlu dinasihat dan ditegur
Sidiq: Semua perlu ambil bahagian untuk menasihati pemimpin bukan hanya pemimpin, seperti sasterawan Usman Awang yg menggunakan sasteranya
Soalan moderator Wacana: Orang Melayu boleh berperangai macam itu?
Sidiq: Apabila pemimpin Melayu yg telah tercabut drp akar Melayu dan akar Islam
Dr Asri persoalkan kepada Syahrin. "Kita dah suburkan, siapa ada duit blh jd pemimpin."
Dr Asri: "Bodoh pun boleh jd pemimpin."
Dr Asri: "Kalau dah teruk sangat, tidak boleh diubati, Umno kena berundur."
Dr Asri: Umno begitu parah, Umno perlu berundur jika tidak boleh diubati.
Dr Asri: Dilema suburkan budaya, orang ada duit jadi pemimpin. Org yg byk duit wlpun bodoh, jadi pemimpin
Dr Asri: Dalam Umno, ulama perlu tegakkan keadilan sosial dalam masyarakat
Dr Asri: Kita didik masyarakat jangan meminta-minta dr pemimpin tapi bila mahu berhenti?
Dr Asri: Yakin dilema yang sama dihadapi dalam Umno
Dr Asri: Perlu jaga kebajikan, bukan soal budaya hulur
Dr Asri kata Umno amalan hulur ini terus subur
Soalan dari penonton: Di mana suara Ulama umno ketika Islam dipermainkan oleh Soi lek
Wacana Sinar: Soalan - bagaimana nak contohi ulama Dr Yusof Qardawi?
Dr Asri: Ulama kena kuasai banyak benda. Kena lihat realiti dan bersama dengan rakyat
Dr Asri: Ulama patut bersuara, sekarang golongan agama guna agama untuk beli parti
Wacana Sinar: Soalan penonton - kenapa Soi Lek lantang bersuara?
Dr Asri: Kita tengok sehari dua lagi ulama Umno akan jawab MCA
Sidiq: Sekolah Agama Rakyat yg lemah, salah siapa?
Sidiq: SAR jelmaan drp komitmen kerakyatan makin putus, seharusnya sekolah perlu dibantu bukan dikerajaankan
Sidiq: Biarlah rakyat punya kekuatan, masalah sekarang ini rakyat terlalu lemah dan kerajaan terlalu kuat
Sidiq: Realitinya sekarang saya tak tahulah sama ada kerajaan guna kuasanya, biarlah seimbang - kuasa rakyat dan kerajaan
Sidiq: Ulama sekarang ini tidak punya umat tapi punya majikan
Dr Asri: Istilah ustaz begitu kabur sekali di dunia ini. Ustaz tidak semestinya ulama. Ulama tidak semestinya pemimpin
Dr Asri: Agama tidak benarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya
Dr Asri: Ada parti politik yg nak pemimpinnya mesti ustaz. Walaupun ustaz itu hebat ceramah tentang ambil wuduk saja
Wacana Sinar: Soalan - peranan ulama yang boleh dilakukan dalam PRU13.
Dr Asri: Ulama perlu lakukan perubahan kecacatan. Kecatatan dan kemungkaran itu perlu diperbetulkan dgn cara yang relevan oleh mereka
Wacana Sinar Harian: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin tamat
No comments:
Post a Comment