Sunday, November 18, 2012

BERITA TERKINI DARI GAZA!!!

18 November 2012 - GAZA, (PIC)-- Dua warga Palestin terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam siri serangan yang dijalankan oleh pesawat perang Israil pada petang Sabtu ke atas Semenanjung Gaza, mensasarkan tiga motorsikal dan kereta awam.

Pemerhati lapangan berkata pesawat perang IOF memulakan serangan udara dengan menembak sebuah peluru berpandu ke arah motorsikal di timur kota Deir al-Balah berhampiran kawasan Abu al-Ajin. Beliau menambah akibatnya seorang remaja terbunuh sementara tiga yang lain cedera dan dipindahkan ke Hospital Al-Aqsa di Deir al- Balah.

Beliau melaporkan bahawa pasawat udara Israil menembak peluru berpandu ke arah motorsikal di kota Juhor al-Dik di tenggara bandar Gaza, membunuh seorang remaja Palestin berusia 25 tahun dan mencederakan dua yang lain.

Pesawat tempur penjajah mengebom motorsikal ketiga berhampiran kawasan Morag di utara Rafah di mana dua penduduk Palestin cedera dan dibawa ke hospital. 

Pesawat tempur turut mengebom kereta orang awam di kejiranan Zaitoun di tenggara bandar Gaza yang mencederakan dua warga Palestin dan dipindahkan ke Hospital Shifa.

Dengan itu jumlah syuhada yang terbunuh dalam keganasan Israil yang dilancarkan sejak hari Rabu 14 November meningkat kepada 43 orang.

No comments: