Ikan ini termasuk dalam genius anablepidae iaitu ikan yang hidup di muara sungai bahagian selatan Mexico hingga bahagian selatan Amerika Selatan. Ikan ini hanya dapat hidup di air tawar dan air payau.
Ikan ini memiliki mata yang terletak di bahagian atas kepala dan terbahagi dalam dua bahagian yang berbeza, sehingga ikan ini dapat melihat bahagian permukaan air dan bawah air dalam waktu yang sama .
Ikan ini sebenarnya hanya mempunyai 2 mata, namun kedua matanya yang terletak di bahagian aras kepala terbahagi menjadi 2 bahagian, yakni bagian atas dan bawah yang dipisahkan oleh lapisan jaringan yang tipis.
Setiap bahagian mata mempunyai tugasnya sendiri. Bahagian mata atas untuk melihat di udara (atas permukaan air) dan bawah untuk melihat ke dalam air. ketebalan lensa mata bahagian atas dan bawah pun berbeza, semakin ke bawah semakin tipis.
2 Ikan kelawar berbibir merah (Red Lipped Batfish)
Ikan ini kelihatan seperti memakai lipstik. Ikan ini hidup di perairan Kepulauan Galapagos. Red Lipped Batfish merupakan perenang yang buruk, sehingga ia menggunakan sirip dadanya untuk berjalan di dasar laut. Ketika mulai membesar dewasa, sirip punggung ikan ini akan bersatu dengan tulang belakangnya sehingga akan kelihatan menarik bagi mangsanya.
3 Spookfish (ikan hantu)
Ikan ini mempunyai wajah yang cukup menyeramkan .. Cuma belum ada penjelasan lebih lanjut. hanya menjelaskan tentang barreleye
4 Barreleye Fish genus Macropinna microstoma (Ikan kepala transparan)
Tergolong dalam keluarga ikan hantu, ikan ini mempunyai kepala transparan yang cembung dan berisi cairan bening. Bahagian pangkal mata dan organ dalam kepalanya kelihatan jelas dari luar.
Terdapat dua titik warna kuning kehijauan seperti setengah kuning telur di belakang pangkal mata. Kedua benda itu diyakini berfungsi sebagai mata. Di belakang dua "benda kuning" itu kelihatan hampir-hampir berwarna krim seperti jaringan daging yang sudah pucat.
Dengan ukuran siripnya yang besar, membuat ikan ini tetap seimbang. Dia hidup tepat di batas terbawah kemampuan sinar matahari menembusi kedalaman laut. Pada posisi tersebut membuat ikan ini tidak akan ikan dengan jelas oleh haiwan-haiwan di sekitarnya.
Haiwan pemangsa maupun mangsanya sendiri yang bersembunyi di atas tidak boleh melihatnya. Namun ikan ini mampu melihat ke atas kerana matanya dapat diputar lurus ke depan ataupun ke atas. . Ini sangat menakjubkan.
Para pengkaji percaya, matanya yang berwarna hijau kekuningan itu telah berkembang membentuk saringan cahaya yang membolehkan untuk mengabaikan sinar matahari dan dapat melihat cahaya yang beredar dari ikan kecil dan ubur-ubur yang merupakan makanan kegemarannya.
Lantas, apa fungsi kedua 'matanya' yang terdapat di depan? Menurut para pengkaji, kedua mata ikan itu adalah nales, deria bau seperti lubang hidung manusia. Barrelfish mempunyai kristal cair pada matanya, yang terletak pada suatu tempat pada selaput kecil.
Apabila kristal cair itu rosak, matanya akan mendapat tekanan sangat kuat dan keadaan itu akan membunuhnya. Sebab, kita tahu bahawa tekanan dalam laut pada kedalaman 600 meter ke bawah memang sangat kuat .
5 Flying Fish (Ikan terbang)
Exocoetidae atau ikan terbang adalah dari keluarga ikan laut yang terdiri atas sekitar 50 spesies yang dikelompokkan dalam 7 hingga 9 genus. Ikan terbang ditemui di semua laut utama, terutama di perairan tropika dan subtropika di lautan Atlantik, Pasifik dan Hindia.
Ciri utamanya yang paling menonjol adalah sirip dadanya yang besar, membolehkan ikan ini meluncur terbang secara singkat di udara, di atas permukaan air, untuk lari dari pemangsa.
Peluncuran ikan ini biasanya sejauh sekitar 50 meter, namun mereka dapat menggunakan dorongan pada tepi gelombang hingga dapat mencapai jarak setidaknya 400m.
6 Ikan bergigi dan lidah manusia
Seorang pemancing di Amerika Serikat terkejut bukan kepalang melihat ikan yang ditangkap itu, malah mengigitnya kuat. Dia menjerit dan setelah diperiksa gigi ikan ini mirip gigitan manusia.
Seperti dibaca dalam web.orange.co.uk edisi 24 September 2010, Frank Yarborough sedang memancing di Danau Wylie, South Carolina. Belum pun lama melempar kail, seekor ikan mengigit umpan lalu tersangkut. Frank gembira bukan kepalang kerana ikan yang terjerat itu sungguh besar.
Warnanya gelap dan memiliki berat kira-kira 5 kilogram dengan panjang hampir setengah meter. Yarborough menjangka itu adalah ikan lele. Dia pun memasukkan tangannya ke dalam air untuk mengambil ikan tadi. Tetapi, dia merasa terkejut dan menjerit kerana didigit kencang seperti digigit manusia.
Setelah diperiksa ikan itu memang sangat menakjubkan. Ikan ini mempunyai gigi seperti gigi seri, geraham, dan taring seperti yang dimiliki manusia. Tidak seperti ikan di tasik itu pada umumnya. Ikan ajaib ini ditangkap dan dibawa pulang. Yarborough tidak terfikir untuk menggorengnya. Hingga kini masih tersimpan di dalam peti sejuk.
Para ahli biologi percaya ikan itu mungkin dibesarkan dalam sebuah kolam yang eksotik. Robert Stroud, seorang ahli biologi perikanan air tawar Jabatan Sumber Daya Alam di Carolina Selatan, telah mengesahkan adanya sampel ikan itu. Sampel ikan itu telah dikirim untuk menentukan apa jenis spesies ikan misteri itu.
7 Handfish (Ikan bertangan)
Kelihatan ikan ini terlihat sekitar tahun 1990-an dan ikan ini merupakan salah satu jenis terbaru dari ikan bertentangan lainnya. Ikan ini nampak ganjil kerana tidak berenang dan itu menjelaskan kalau kenapa lokasi ikan ini adanya di dasar lautan.
Yang anehnya ikan ini menggunakan "tangannya" yang seharusnya menjadi sirip untuk berjalan. Lokasi ditemui ikan tersebut terdapat di daerah Tasmania,Pulau Australia. Kulitnya dilapisi denticle (semacam sisik yang kasar/bergigi-gigi) sehinga ia dipanggil warty anglers (wart = kutil). ukurannya sekitar 15cm.
No comments:
Post a Comment