Kisah 1: Mamat Jepun dan pemandu teksi
Pada satu hari seorang pemandu teksi mengambil seorang pelancong jepun yang baru melawat kuala lumpur buat pertama kali.pemandu itu membawa mamat jepun itu ke seluruh kuala lumpur.
Tiba di midvalley megamall, mamat jepun itu bertanya "berapa lama masa diambil untuk menyiapkan bangunan ini?" pemandu itu menjawab, "2tahun" mamat jepun itu pun berkata dengan sombong,"kalau di jepun, bangunan ini boleh disiapkan dalam masa 9 bulan sahaja".
Pemandu itu hanya senyum sahaja dan membawa mamat jepun itu ke tempat lain pula. tiba di di kl sentral, mamat jepun itu bertanya lagi,"berapa lama pula tempat ini disiapkan??" pemandu itu pun menjawab" 11 bulan sahaja(cuba menipu)" mamat jepun itu pun berkata" kalau di jepun,tempat ini hanya mengambil masa 6 bulan sahaja..". pemandu teksi yang geram dengan mamat jepun yang angkuh itu memandu ke klcc, dan sekali lagi mamat jepun itu bertanya" bagaimana pula dengan bangunan ini..?" peemandu itu buat buat terkejut dan berkata,"eh,eh semalam tak ada pun bangunan ni,bila pulak dibina... ?"
**********************************************************************************************************************************
Kisah 2: Tok ketua masuk lokap
Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU, keadaan Mak Temah mula beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan.Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya. Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu.
Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya.Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit. Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah.
Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik. Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas. Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah.
Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, getus fikirannya. Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya.
Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah. Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir.Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu mereka Mak Temah bukan orang berharta.
Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya. Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut.
Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas tersebut dari lantai dan membacanya...
"tolong jangan pijak salur oksigen aku tok ketua"

Kisah 3: Burung ahli silap mata
Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi trik yang sama.
Masalahnya adalah: Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu tipuan-tipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata . Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.
"Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!"
"Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!"
"Hey... semua daun terupnya,daun A !! "
Si ahli silap mata sangat jengkel tapi tidak dapat berbuat apa-apa.
Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.Ini berlangsung berhari-hari.Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata "OK... saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??"

Kisah 4: Tak nak mati
Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata
"Saya tidak mau mati lagi, Doktor".
Merasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata "Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"
Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!" Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya.
Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah"

No comments:
Post a Comment