Thursday, November 22, 2012

MENGAPA PERLU BOIKOT- Tolong Sebarkan




Kenapa kita perlu boikot rangkaian Restoran McDonald?

Isu ni dari dulu tak selesai-selesai, tiada penghujung dan noktahnya.. Mungkin sedikit penjelasan dan ulasan akan memberikan sedikit pencerahan.

Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar yuran franchisee kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari hasil mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).

Oleh kerana McD secara konsisten ada menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan mesej yang jelas lagi tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD ada membuka cawangan.

Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat penafian bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada Israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka pemboikotan akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.

Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan mesej yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kepada Israel.

Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee sahaja jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dengan sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.

Kerana itu, boikot adalah satu 'peperangan'. Seruan boikot akan diterjah semula oleh pihak musuh dengan mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kepada ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Jika semua negara membuat pengistiharan seperti ini dan semua warga dunia terpedaya dengan seruan kata-kata manis ini, maka  boikot  akan gagal secara keseluruhannya (total failure).

Tetapi apabila McD seberang laut menerima tempias dari polisi McD Corp yang membiayai Israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kepada zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.

Ini boleh dibuktikan betapa lebih 400 buah restoran rangkain McDonald di Jepun sudah gulung tikar dan beberapa ratus lagi bakal menyusul

Ingat boikot adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot.

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan dengan maksudnya: " Sesungguhnya di kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, hendaklah dia mengubah dengan tangannya, kalau tidak berkuasa mengubah dengan tangan ,maka dengan lidah, kalau tidak berkuasa dengan lidah, maka benci di dalam hati, itulah tanda selemah-lemah iman." Mengikut satu riwayat lain dan tidak ada selepas daripada itu iman walaupun sebijik sawi. Ertinya kalau benci di dalam hati tidak ada, maka bererti bersetujulah dengan kemungkaran yang berlaku.
Nak pergi ke Gaza untuk sama-sama berjuang dengan para Mujahiddin Hamas sudah pasti kita tidak ada kemampuan, maka cara selemah-lemah jihad yang mampu kita lakukan ialah BOIKOT RESTORAN MCDONALD...KITA TIDAK AKAN MATI DAN RUGI JIKA TIDAK MENJAMAH BURGER ATAU APA JUA MAKANAN YANG DIJUAL DIRESTORAN MCDONALD... BANYAK LAGI MAKAN ALTERNATIF YANG BOLEH DIPEROLEHI DIRESTORAN LAIN.

JADILAH SEORANG MANUSIA YANG ADA PERASAAN KEMANUSIAAN.

3 comments:

Anonymous said...

Biarlah Mac Dee dipenuhi orang Cha Ya saja. Yang Melayu sila undur dari pintu Mc Dee. Boleh buat, kita nak liha dia bungkus..........

Anonymous said...

ko pakai pc pon cip intel,npon pon patent yahudi, lapo xder duit pon mkn maggi.cara terbaik ialah doa,sumbangan atau wat keje amal.

Anonymous said...

ko pakai pc pon cip intel,npon pon patent yahudi, lapo xder duit pon mkn maggi.cara terbaik ialah doa,sumbangan atau wat keje amal.