Friday, November 9, 2012

Penyelam Longkang Di India

 

 

Selalunya kita hanya dengar, penyelam kolam atau laut sahaja tetapi yang ini adalah penyelam longkang. Penyelam longkang ini tugasnya adalah membersihkan longkang yang tersumbat.

 

 

Bukan sekadar longkang, kolong juga mereka bersihkan. Tanpa mereka, siapa lagi nak buat kerja mereka ini. Mereka menyelam dalam longkang ini tanpa sebarang peralatan moden. Mereka hanya memakai seluar tanpa baju dan menyelam di longkang ini akibat tersumbat. Gaji mereka di bayar dengar kadar 3.50 Rupee (RM18) sehari untuk menyara hidup sekeluarga.

 

 

 

Busuk atau jijik, mereka tolak tepi kerana ingin mendapat sesuap nasi untuk anak-anak. Kita sendiri tahu, ramai rakyat di India miskin dan tidak berkemampuan. Jadi, kita perlulah bersyukur kerja apa yang kita dapat sekarang..

No comments: