Friday, November 2, 2012

Tanda Putera tiada kaitan dengan politik - Zizan Nin


Dah Takde kaitan dengan politik berkaitan dengan apa pulak? filem ni filem bodek. bodek-menbodek ni kerja politik la tu... haiya
30 Okt – Pelakon, Zizan Nin menegaskan bahawa penglibatan dirinya dalam filem terbaru arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba tiada kaitan dengan permainan politik. Apatah lagi ada pihak yang mengatakan Shuhaimi Baba sengaja membuat filem tersebut untuk membangkitkan isu perkauman.
"Walaupun saya bukanlah orang yang bertanggungjawab dalam pengolahan cerita ini, namun sebagai pelakon saya tahu apa yang pengarah mahukan.
"Pada saya apa yang dia cuba sampaikan tiada langsung kaitannya dengan politik, malahan filem ini pada pandangan peribadi saya banyak mengajar tentang sejarah sebenar Malaysia."
Filem ini dikatakan mempunyai isu perkauman apabila pihak pembangkang melihat treler yang menunjukkan seorang pemuda Cina kencing di atas bendera Malaysia. Tanpa usul periksa, pihak pembangkang telah mengecam babak tersebut kerana dikatakan ada kaitan dengan anggota parti DAP, Lim Kit Siang ketika itu.
Filem biografi persahabatan di antara bekas Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman atau nama sebenar Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan juga Pemangku Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Ismail Abdul Rahman ini dilihat antara filem paling berkualiti yang berkisar tentang sejarah sebenar Malaysia.
Walaupun filem yang menelan belanja sebanyak RM4.8 juta ini menyentuh isu sensitif 13 Mei 1969 sebagai simbolik, namun jalan cerita yang lebih kepada persahabatan di antara dua sahabat lebih ditekankan.
Zizan Nin yang memegang watak sebagai Tun Dr Ismail Abdul Rahman dilihat telah berjaya memberikan sisi lain dirinya.
"Saya buat yang terbaik , apa yang saya lakonkan adalah kehendak dari pengarah sendiri. Sebagai pelakon, saya hanya lakonkan watak tersebut tanpa ada niat disebaliknya."
"Tanda putera" adalah buah tangan kedua daripada Datin Paduka Shuhaimi Baba yang membangkitkan isu sejarah selepas '1957:Hati Malaya" .
Tanpa ada pemotongan dari Lembaga penapisan Filem (LPF), filem ini dijangka menemui penonton pada 15 November kelak.
Antara pelakon lain yang turut membintangi filem "Tanda Putera" adalah, Rusdy Ramli, Faezah Elai dan juga Linda Hashim.

No comments: