Sunday, December 9, 2012

Berita yang paling menyayat hatiku minggu ini..


Benar-benar menyentuh hati, semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang beriman.


TAIPING: PAS dikejutkan dengan kehilangan seorang pejuang, Abdullah Omar iaitu bekas OCPD Slim River di usia 66 tahun, hari ini.
Beliau yang menyertai PAS selepas bersara tahun lalu menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 6.00 pagi tadi di kediamannya di Kampung Baru, Kamunting, Taiping, Perak.


Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Kg Expo selepas Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Silverstoon, Kemunting, Taping.

Yang Dipertua PAS Taiping, Ustaz Fakhruddin Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada PAS.

Katanya, beliau sangat aktif dalam PAS di peringkat kawasan dan giat berceramah diseluruh negara selepas pengisytiharannya menyertai PAS tahun lalu.

Kata Fakhruddin, Abdullah tidak pernah jemu memohon maaf kepada ahli PAS atas perbuatannya ketika beliau dalam pasukan polis termasuk 35 tahun menjawat jawatan polis cawangan khas (SB).

"Perjuangan beliau sangat besar walaupun baru beberapa tahun menyertai PAS dan kesungguhannya harus menjadi ikutan kepada semua ahli PAS," katanya yang ternyata sedih dengan kehilangan rakan seperjuangannya itu.

Pada Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini, beliau telah membahaskan usul PAS Pusat dalam isu pengkhianatan Umno kepada negara dan di kesempatan itu, beliau memohon maaf kepada semua ahli PAS atas segala perbuatannya ketika berkhidmat.

"Dosa apa yang saya tidak buat kepada PAS sepanjang 5 pilihanraya yang lepas, saya tidak mahu sebut disini, biar Allah dan saya sahaja yang tahu.

"Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya dalam dalam perbahasannya yang menyentuh hati semua para perwakilan ketika itu.

Beliau adalah individu yang bertanggunjawab membongkar penipuan Umno menghantar ribuan warga Kemboja dan Myanmar yang berjaya digunakan untuk merampas Terengganu dari PAS pada pilihanraya umum 2004 lalu.


1 comment:

Unknown said...

Al-fatihah utk beliau..semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.amin