Friday, December 21, 2012

[Kisah Benar ] Bertemu Jemaah Kerdil di Masjidil Haram

Sejak dahulu, saya sudah biasa dengar pelbagai cerita tentang perkara aneh yang menimpa jemaah di Tanah Suci. Misalnya, ada jemaah semasa di Malaysia waras tapi apabila sampai di Tanah Suci jadi gila. Ada jemaah yang sesat sampai berhari-hari angkara bermulut celupar dan bongkak. Ada juga jemaah semasa di Malaysia sakit tak boleh berjalan bertahun-tahun.



Tapi apabila sampai di Tanah Suci, jemaah ini terus sihat dan boleh berjalan seperti biasa. Pendek kata di Mekah pelbagai perkara yang tak masuk akal dan mustahil boleh berlaku. Itulan yang terjadi kepada saya ketika menjadi mutawif membawa rombongan umrah pada tahun 2008. Ketika itu, saya baru sahaja bertugas dengan De Mawardah. Seingat saya, baru tiga kali saya membawa rombongan ke Tanah Suci. Ketika itu saya membawa rombongan seramai 40 orang terdiri daripada lelaki dan wanita.

 Setibanya di sana segala proses dan urusan menempatkan jemaah beralan lancer. Semua jemaah berpuashati dengan tugas saya lakukan. Saya gembira. Suatu hari, saya bersama jemaah masuk ke Masjidil Haram untuk melakukan ibadah. Kami sembahyang sunat, berzikir dan berdoa mengikut kemampuan masing-masing. Entah kenapa hari itu tiba-tiba sahaja saya bersifat seperti kebudak-budakan. Saya kata begini di dalam hati. “Eh, bagilah tengok benda ajaib. Selam dating Mekah tak pernah tengok benda-benda ajaib lagi!” detik di hati saya.

Saya berkata begitu sebab saya biasa dengar cerita-cerita aneh dari mutawif-mutawif lain sebelum ini. Mudah-mudahan dapatlah saya bertemu benda-benda aneh yang tidak pernah terfikit untuk melihatnya. Waktu itu saya lihat semua jemaah sedang melakukan ibadah masing-masing. Ada yang bersolat sunat dan ada yang membaca al-Quran.

Saya dan pembantu saya bernama Iskandar pula pergi ke suatu kawasan di dalam Masjidil Haram dan kami terus bersolat sunat. Ketika kepala saya berpusing ke kanan untuk member salam pada tahiyat terakhir, saya terkejut. Betul-betul –betul di hadapan saya berdiri seorang lelaki berjubah putih. Apa yang paling mengejutkan saya ialah saiz jemaah lelaki berjubah putih itu hanya sebesar botol air mineral 500 milimeter. Lelaki kenit berusia 40-an itu persis pelakon Bollywood.

Wajahnya kacak, kulitnya putih, hidung mancung dan matanya bersinar. Sebaik melihatnya saya terpaku tanpa dapat berkata apa-apa. Hanya mata saya yang bergerak memandang jemaah kenit tadi. Wajah jemaah kenit tadi berseri-seri. Mukanya seperti bercahaya. Cantik sungguh. Saya lihat jemaah kenit itu melangkah setapak demi setapak ke arah saya.

Bersambung esok..

1 comment:

Unknown said...

kecil btl kalau sebesar botol