Kisah ini saya petik daripada sebuah buku yang telah saya baca.Kisah benar ini berlaku di selatan tanah air semenanjung malaysia.Dimana, si isteri telah berkahwin dengan suaminya selama empat tahun dan mempunyai seorang cahaya mata berumur dua tahun.Si isteri bekerja dalam bidang kerajaan sebagai kerani semenjak tiga tahun lalu.
Bermulanya kehidupan mereka memang bahagia dimana awal percintaan hingga lah mereka berkahwin dan mempunyai cahaya mata.Suaminya bekerja sebagai tukang cuci banggunan di salah sebuah syarikat dan bekerja mengikuti jadual shift .Dimana ada tiga shift yang perlu di lalui seperti shift pagi , petang dan malam.
Kerana kewangan suami kurang memuaskan dan di bataskan waktu bersama oleh jadual kerja ,maka si isteri telah berkenalan dengan seorang tauke syarikat yang selalu berurusan di tempat kerja.Pada mulanya tauke syarikat itu hanya mempelawa untuk minum kopi.Memang pada mulanya si isteri menolak pelawaan tersebut, namun kerana kebaikan dan seperti tauke tersebut tidak mempunyai niat yang lain , maka si isteri mempersetujui pelawaan tersebut.
Pada hari pertama tidak ada apa-apa yang berlaku .Termasuk lah kali kedua dan ketiga tidak ada apa-apa yang terjadi.Kejujuran, kebaikan , hormat dan tauke tersebut sentiasa menjadi pendengar setia setiap luahan hati si isteri dan si isteri menganggap tauke tersebut membuatkan dirinya selesa.Barang berharga dari lah benda kecil sehingga emas telah diberikan kepadanya dan tauke tersebut begitu baik hingga si isteri menitiskan air mata di atas kebaikan nya itu.
Si isteri tidak mempunyai krisi dengan si suami kerana suaminya begitu cintakan dan hubungan mereka memang baik tetapi apabila terkenangkan tauke itu tadi membuat kan hati si isteri menjadi serba salah.Dan sehingga lah pada suatu hari , suami si isteri di tugaskan ke daerah lain untuk seminggu atas urusan kerja syarikat yang sama.Si isteri telah memberitahu kepada tauke itu tadi dan mereka akan membuat temu janji makan malam di sebuah hotel besar.Dan pada malam itu ternyata si isteri telah tewas kepada pujukan rayu si tauke dan mereka bermalam hingga ke pagi.
Si isteri sudah bersedia bersekongkol dengan pembantu rumah yang menjaga anaknya.Mereka melakukan di tempat yang sama selama lima hari tanpa pengetahuan dari suami tercinta.Yang menghairankan tiada rasa bersalah dari si isteri.hari demi hari dan bulan demi bulan berlalu ,Mereka melakukan perbuatan itu apabila suaminya bekerja pada waktu shift petang ataupun malam tetapi mereka tidak akan tidur di hotel kecuali suaminya bertugas di luar daerah.
Namun hubungan mereka tidak pergi jauh, dimana tauke tersebut telah berpindah ke negeri yang lain.Kekasih seterusnya adalah rakan sekerja dan ada beberapa lagi kenalan melalui internet.Sehingga lah pada suatu hari si isteri demam kuat dan di masukkan kedalam wad.
Si isteri menghidap jangkitan kuman di dalam kemaluannya tanpa pengetahuan si isteri mahupun si suami.Penyakit si isteri semakin parah sehingga lah si isteri terpaksa berhenti kerja kerana tidak mampu lagi bergerak seperti biasa.Pada suatu hari di dalam wad hospital dan Di saat akhir hidupnya , si isteri telah memohon ampun kepada suami atas kecurangan yang telah dilakukan dibelakang tanpa pengetahuan si suami.Si suami amat terkejut sehingga jatuh pengsan.
Kecewa , hancur hati dan segala-galanya turut hancur berkecai .Cinta yang amat mendalam hingga tidak berbelah bagi kepada si isteri sanggup mencuranginya dari belakang.Dia mengaku silap kerana selama ini dia pernah juga merasa curiga namun tidak mengambil tindakan kerana sangat mempercayai isterinya hingga lah segalanya tidak dapat diselamatkan lagi .
Mahupun kehidupan seperti dahulu kala suka duka waktu bersama , bermain dengan anak-anak dan nyawa isterinya tidak dapat diselamatkan lagi.Dia merenung isterinya yang terlantar dalam keadaan nazak di atas katil wad.Perlukah maaf yang harus dia berikan atas segala yang dilakukan dibelakangnya selama ini? Namun hati si suami begitu keras sehingga lah si isteri menghembuskan nafas yang terakhir tiada keampunan dari si suami.
Buat pengetahuan Tuhan maha adil dan si suami tidak dijangkiti penyakit tersebut namun tiada maaf keampunan dari si suami kepada isterinya.(“Sedangkan Tuhan mengampunkan dosa manusia melalui taubatnya , kenapa pula kita sesama manusia tidak boleh mengampunkan kesalahan manusia kepada kita?”
Kepada para isteri jangan curang pada suami, jika adalah dosa yang sangat besar curang terhadap suami, didunia lagi sudah mendapat azab yang pedih apatah lagi di alam kubur dan di akhirat kelak.
Sumber : curangohcurang.blog
1 comment:
Ingatan juga buat lelaki jangan anda pun tidak boleh curang ma..
Post a Comment