Thursday, December 20, 2012

Rumah perlindungan untuk hari kiamat dijual

WASHINGTON – Syarikat Utah Shelter System yang dikendalikan Paul Seyfried menghasilkan beberapa buah rumah perlindungan untuk kegunaan orang ramai menghadapi pelbagai bencana seperti peperangan nuklear, kimia, biologi, bencana alam dan hari kiamat. Harga rumah itu adalah antara AS$51,000 (RM155,738) hingga AS$64,000 (RM195,471).

BENTUK rumah perlindungan yang dibina Seyfried di Salt Lake Utara, Utah pada 12 Disember lalu. 

Seyfried menghasilkan rumah tersebut dengan menggunakan keluli di Salt Lake Utara, Utah. Rumah itu turut dilengkapi dengan tandas. – Agensi

Pada pandangan saya mereka ini sungguh rendah tahap pemikiran, sekiranya dunia dah kiamt sudah tentulah dimana pun kita duduk akan turut musnah. Manusia sangka mereka terlalu bijak hingga mampu menghalang hukum Tuhan. Golongan kafirun ini terlalu sesat dari tujuan utama pengciptaan manusia dan tujuan bumi ini diciptakan. Umat Islam jugak telalu lalai dalam menjaga hubungan dengan tuhan sehinggakan maksiat dikalangan umat Islam begitu berleluasa. Marilah kita sama-sama kembali kepada agama Allah.

No comments: