Friday, January 18, 2013

HKR #112 Lebih 700 Ribu Hadir lihat bukti ini



Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. 


Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.




No comments: