Tuesday, June 18, 2013

Pelan Perlindungan VS Pelan Simpanan - Mana Bagus?

YANG MANA SATU, IDAMAN KALBU?


Bagi orang yang tidak mahir tentang produk insurans, sudah tentu mereka akan cakap PELAN SIMPANAN sebab :-

1) Kalau takde apa-apa berlaku, dapat duit balik!
2) Tak suka duit caruman hangus. Bila hangus = RUGI! kata mereka.

Untuk mendapat jawapan terbaik, kita perlu buat pengiraan sebab FIGURES NEVER LIE!

Contoh - Eksekutif berumur 35 tahun dengan income RM2,500 sebulan. Setahun incomenya RM30,000. Dia perlu melindungi sumber kewangannya sepanjang tempoh pekerjaan (20 tahun) sebelum bersara dengan harta terkumpul ketika umur 55 tahun.

Jika pulangan pelaburan 7.5% setahun, dia perlukan modal RM400,000 untuk menjana income (dividen) sebanyak RM30,000 setahun sebagai gantian gaji. (Formula : Gaji tahunan RM30,000 bahagi 0.075, akan mendapat RM400,000. Wang ini boleh dilabur semula pada kadar 7.5%)

Sample coverage :-
* RM400,000 (kematian apa jua punca)
* RM400,000 (total & permanent disability) dan
* RM60,000 untuk penyakit kritikal yang dibayar berasingan (bersamaan 2 tahun gaji)

PILIHAN?

* PELAN SIMPANAN = RM800 sebulan selama 20 tahun.
* PELAN PERLINDUNGAN = RM200 sebulan selama 20 tahun

Bagi orang yang incomenya RM2,500 sebulan, sememangnya nak bayar insurans RM800 sebulan, jangan mimpilah! Tak mampu katanya! Lari bajet! Tapi untuk tujuan pembelajaran, katakan dia mampu bayar RM800 sebulan untuk pelan simpanan yang mempunyai jumlah coverage yang diperlukan seperti di atas.

Contoh Pelan Simpanan Jangka Panjang

Dari jadual di atas, anda dapat lihat, anda membayar RM800 sebulan, setahun dah RM9,600. Dari pembayaran RM9,600 setahun itu, hanya RM3,840 (bersamaan 40%) yang dikreditkan ke dalam akaun simpanan peserta. RM5,760 hangus sebagai caj khidmat untuk menampung komisyen ejen insurans / takaful, kos marketing & operasi syarikat.

Dari baki kasar RM3,840 pula, syarikat akan tolak
- Caj coverage basic RM528 setahun (coverage RM400,000),
- Caj coverage penyakit kritikal RM68 setahun (coverage RM60,000
- Yuran pengurusan polisi RM60 setahun,
--------------------------------------------------------------
Baki bersih setelah dicampur profit adalah RM3,297
================================

ANDA BAYAR RM9,600, CUMA RM3,297 yang tinggal sebagai simpanan. Keadaan makin TERUK lagi jika anda ambil pelan insurans / takaful jenis tradisional atau versi lama (Pelan yang tidak ada tulis Investment-linked atau Takafulink). Nilai tunai selepas 1 tahun mungkin 0 atau sekadar 10% dari caruman tahunan anda, sedangkan mereka cakap ini adalah pelan "SIMPANAN"!.

"Takpe, berbanding dengan bank atau unit trust yang tak beri apa-apa, dengan pelan ini, anda ada PERLINDUNGAN RM400,000 jika meninggal atau lumpuh, DAN RM60,000 jika sakit kritikal" kata ejen insurans/takaful anda


Bagaimana kalau anda ambil PELAN PERLINDUNGAN pulak? Yang anda benci sebab bayarannya hangus. Bila bayar hangus, ia MERUGIKAN! - kata anda.


                                                                                   Contoh Pelan Perlindungan

Dari jadual di atas, anda dapat lihat, anda membayar RM200 sebulan, setahun dah RM2,400. Dari pembayaran RM2,400 setahun itu, hanya RM960 (bersamaan 40%) yang dikreditkan ke dalam akaun simpanan peserta. RM1,440 hangus sebagai caj khidmat untuk menampung komisyen ejen insurans / takaful, kos marketing & operasi syarikat.

Dari baki kasar RM960 pula, syarikat akan tolak
- Caj coverage basic RM528 setahun (coverage RM400,000),
- Caj coverage penyakit kritikal RM68 setahun (coverage RM60,000
- Yuran pengurusan polisi RM60 setahun,
--------------------------------------------------------
Baki bersih setelah dicampur profit adalah RM314
===============================

ANDA BAYAR RM2,400, CUMA RM314 yang tinggal sebagai simpanan. Of courselah banyak yang hangus, sebab ini adalah pelan insurans/takaful yang LEBIH KEPADA PERLINDUNGAN KEWANGAN.

RUMUSAN ANALISIS


Dari kedua-dua sebutharga di atas, anda dapat LIHAT :-

1) Untuk coverage yang sama, anda perlu BAYAR LEBIH (4x ganda) untuk pelan simpanankerana lebihan caruman perlu dilaburkan untuk menjadi simpanan jangka panjang (selepas 20 tahun). Dalam erti kata lain, anda kena bayar RM800 sebulan untuk pelan simpanan berbanding hanya RM200 sebulan untuk pelan perlindungan, berdasarkan jumlah coverage yang sama.

2) CAJ INSURANS/TAKAFUL bagi kedua-dua pelan adalah SAMA sahaja. Maknanya, tak kira anda ambil pelan simpanan ke, pelan perlindungan ke, JUMLAH YANG HANGUS (KESEMUA JENIS CAJ) adalah sama sahaja yang sebenarnya! Anda tetap bayar RM528 setahun untuk basic coverage RM400,000, coverage penyakit kritikal RM68 setahun dan yuran pengurusan RM60 setahun. Semua caj ini adalah HANGUS DAN TIDAK DIKEMBALIKAN kerana wang inilah yang membentuk TABUNG PAMPASAN PESERTA untuk membayar kesemua tuntutan yang berlaku.

3) Perbezaan NILAI SERAHAN TUNAI selepas tahun pertama adalah RM3,297 untuk pelan simpanan dan RM314 untuk pelan perlindungan.


YANG MANA SATU LEBIH UNTUNG?


Untuk pelan simpanan, anda bayar RM800 sebulan, RM9,600 setahun, selepas 1 tahun, nilai simpanan yang tinggal hanyalah RM3,297 sahaja

Untuk pelan perlindungan, anda bayar RM200 sebulan, RM2,400 setahun, selepas 1 tahun, nilai simpanan yang tinggal hanyalah RM314 sahaja.

Dari mata kasar, memang anda akan lihat pelan perlindungan akan menyebabkan keseluruhan caruman menjadi hangus (peratusan terbesar), umpama macam nak habis. Tapi ini perbandingan tak adil, sebab jumlah caruman tak sama.

Jika anda LIHAT BETUL-BETUL, anda cuma bayar RM200 sahaja untuk pelan insurans / takaful anda bagi jumlah coverage yang sama RM400,000 + RM60,000.

Perbezaan RM600 sebulan dari pelan simpanan, JIKA ANDA LABUR KE ASB contohnya, anda dapat :-
RM600 x 12 bulan = RM7,200.
Campur dividen 7.5%, mungkin jumlah simpanan ASB anda menjadi lebih kurang RM7,492.50.
Campur nilai serahan tunai dari pelan perlindungan RM314,
TOTAL NILAI SIMPANAN anda lebih RM7,800 selepas 1 tahun.

Simpanan anda RM600 sebulan tidak dihakis oleh caj khidmat atau komisyen ejen insuran / takaful. Anda dapat LEBIH BANYAK SIMPANAN TUNAI BILA ANDA BELI PELAN PERLINDUNGAN DAN LABUR SELEBIHNYA DI TEMPAT LAIN (CONTOH ASB).

Jadi, dari analisis di atas, adalah jelas, membeli PELAN PERLINDUNGAN ADALAH LEBIH BAIK DARI PELAN SIMPANAN kerana anda mempunyai lebih banyak duit! Memilih pelan simpanan menyebabkan LEBIH BANYAK DUIT ANDA HANGUS SEBENARNYA!

JANGAN MALANG 2X


Of course, dalam realiti, ramai di antara anda, yang memilih pelan simpanan berdasarkan bajet kecil yang anda miliki. Dari gaji RM2,500 sebulan, hanya RM200 sebulan sahaja yang anda mampu asingkan untuk beli insurans / takaful. Dan dengan RM200 itu jugaklah, anda memilih pelan jenis simpanan jangka panjang yang menawarkan jumlah perlindungan RM100,000 basic dan RM20,000 penyakit kritikal.

"BUKAN SAHAJA JUMLAH COVERAGE YANG ANDA AMBIL ITU TAK DAPAT MELINDUNGI KEPERLUAN ASAS DAN TAK DAPAT MENJANA INCOME BERTERUSAN UNTUK KELUARGA (SEBAB COVERAGE CUMA RM100,000 BERBANDING RM400,000 YANG DIPERLUKAN), MALAHAN CARUMAN SIMPANAN ANDA JUGA TURUT DIHAKIS OLEH PELBAGAI CAJ KHIDMAT DAN KOMISYEN EJEN, YANG SAMA SEKALI TIDAK MENGUNTUNGKAN ANDA KERANA KEBANYAKAN CARUMAN ANDA MENJADI HANGUS!

NAMA SAJA SAVING PLAN (5 DALAM 1), TAPI BILA BERLAKU BENCANA KEWANGAN, PELAN INSURANS / TAKAFUL TERSEBUT TIDAK DAPAT "SAVE" KEPERLUAN ASAS KELUARGA ANDA"

Oleh yang demikian, TOLONG REVIEW SEMULA PERANCANGAN INSURANS / TAKAFUL anda agar anda mendapat NILAI YANG TERBAIK sesuai dengan duit yang anda korbankan setiap bulan untuk menjaga kebajikan & masa depan keluarga anda.

No comments: