Friday, April 25, 2008

Prak AnbduL Ladi

Assalamualaikum…

Salam manis salam rindu, dok cerita pasai kg ni, aku memang teringat sungguh kat kg lanie. Tu yang dua tiga hari kebelakangan ni rasa serupa nak balik kg. teringat aku kali terakhir aku balik kg. masa tu nak election jadi balik la nak ngundi. 5hb aku balik, perasaan ni jgn cakap la memang lainlah rasa xsabar2 nak balik. Aduh aku kata apahal ni. Bila balik plak dalam bas tu aku rasa cukup lama. Berat nanang. Lepas tu takpalah lebih kurang 7 pagi aku sampai rumah, rupanya mak aku dah siap buat ketupat nak sambut aku balik dan semua dok tunggu aku balik, patutla aku jadi kalut semacam je, rupanya disana dah dok tunggu2 hahaha.

Mai plak hari jumaat 7hb, aku dok ingatkan lewat dah rupanya awl lagi, kul 12 aku dah siap nak pi masjid ingatkan lewat. Pi pi sampai masjid xdak apa lagi. Pastu aku pun lepak kejap di markas sebelah masjid tu. Ada tok su aku, dia dah Arwah bebaru ni. Dia Tanya aku balik nak undi BN ka, aku pun jawab sahih dah tok su. Itulah kali terakhir aku jumpa dan berbual dgn tok su sebelum dia meninggal baru2 ni. Mak aku bagitau dia meninggal dalam keadaan duduk tau2 meninggal. Tok su aku ni imam masjid kg aku tu. Semoga Roh beliau dicucuri rahmat dan termasuk digolongan yang Beriman. Skang ni banyak persoalan bermain di minda aku sapa plak jadi Imam kg aku tu. Susah la pasni kalau nak kawen ada tok su dulu xpa la dia kasi cam kalau kena cucu menakan dia. Mungkin Hj Rashid atau Ustaz Yusof yang ganti.

No comments: