Wednesday, April 23, 2008

Personaliti pilihan saya.

Buat tatapan pembaca blog yang dikasihi. Aku dilahirkan dan dibesarkan di dalam sebuah kampung yang kian popular pada kini di kedah. Pekerjaan utama pendudukan kg aku tentulah motong getah, ada jugak yang keja lain, walau bagaimana pun motong getah dah jadi punca rezeki utama la masyarakat kat kampung aku ni. Dari segi politiknya pulak org2 kampung aku ni memang kuat PAS, UMNO ada la dua tiga kerat, memang org2 kg aku ni PAS Totok lah. So bila dah semua PAS aku ni kira terlalu terdedahlah dgn org PAS. Nak kata aku tipu pun tak leh jugak sebab PRU yang lepas saluran 4 saluran Undi aku jugak la daripada 500 yang membuang undi hanya 60 undi je dapat kat BN, maklumat ni aku dapat dari mulut ke mulut so kesahihannya aku tak pasti. Sebenarnya bukan cerita ni aku nak tulis, apa yang aku nak kongsikan dengan pembaca yang dikasihi sekalian adalah pasal personaliti pilihan aku. Semasa Almarhun Ustaz Fadzil Nor meninggal dunia aku terbaca sebuah surat khabar utusan kot kalau xsilap aku, dalam tulisan tu penulis menerangkan pasal pengganti Presiden PAS yang memangku Jawatan pada masa itu iatu Tuan Guru Haji Hadi(TGHH). Dalam tulisan tu membayangkan TGHH adalah berbeza dgn Almarhun Ustaz Fadzil(sory kalau xbetul penafsiran aku maklum la masa tu xlah pandai sangat). TGHH ni dikatakan sangat radikal terhadap Islam, mengambil alasan pasal Amanat Hj Hadi, aku pun tak tahu apa benda amanat tu pada masa tu la. Setelah sekian lama menjalani kehidupan seperti biasa selalu la jugak aku dok mengikuti pekembangan TGHH. Akhirnya sebelum PRU baru ni aku sempat pergi dengar ceramah beliau dan sempat bersalaman. Daripada Pandangan aku TGHH ni baik, seronok kalau dia ni jadi peminpin NO 1 Malaysia (PM la apa lagi). Aku ada dengar ceramah sulung beliau masa lepas PRU 2004, dan PRU baru2 ni. Dai situ la aku dok pk pasal TGHH ni. Kalau nak kata beliau radikal memang tak patut, aku tengok dia ok, dari segi pengetahuan TGHH ni aku tgk memang tinggi, semalam aku ada dgr kuliah dia download dari tenet la, best jugak dengar banyak benda yang aku tak tau dia citer. TGHH ni kalau masuk UMNO pun aku masih minat dia, tapi baru2 ni dia masuk hospital sakit sikit, Kepada TGHH mudah-mudahan Allah pangjangkan umur tok guru. Kepada sesiapa yang boring baca sory la aku pun boring jugak tu yang dok tulis blog ni. Jadi kalau sapa nak tahu siapa personaliti pilihan saya adalah yang pertama Almarhun Ustaz Fadzil yang kedua TGNA dan Yang ketiga TGHH, hahaha ni la yang org yang aku tgk ok dan bagus fikrah dan pendekatan mereka. Kalau yang lain tu pun bukan xbagus dan hebat Cuma 3 ni la yang paling best aku rasa dan boleh disenaraikan di tiga teratas. Oklah dude and gurl korang take care la,tadi aku lapar bedal kek, kek tu memang sedap ade plak budak se-opis ni besday dapat la makan kek free kuikuikuikui. Sebelum blah aku tinggalkan sepotong bidalan untuk renungan

Manis jgn terus di telan,

Pahit jgn terus dibuang.......

Sekian blog pecerohhhh...........

2 comments:

Adillah A Nordin said...

Wah Rizal,

Cerita-cerita macam ni lah yang saya nanti-nantikan dari blog awak.. Interesting sungguh.

Update slalu-slalu ye..

Budak Kampung Kita said...

i'm so proud of you Pn. Adillah.