Friday, April 11, 2008

Lidah


Minbar jumaat hari ini menyeru agar umat Islam menggunakan lidah demi kebaikkan. Antara intipati Khutbah yang sempat saya ingat khatib menyatakan kebaikkan yang boleh dilakukan oleh lidah antaranya ialah lidah digunakan untuk membaca Al-Quran dan memohon doa serta menggunakan lidah dengan kata2 yang baik nasihat dan menasihati. Selain itu lidah juga boleh melakukan maksiat dengan mengumpat berbohong mungkir dengan janji dan memaki hamun. Khatib turut menyatakan Undang-undang negeri melaka mengenakan hukuman denda rm5000 atau 3 tahun penjara atau kedua-dua sekali jika menghina Al-Quran dan Rasullulah dengan perkataan dari lidah.

sebagai renungan bersama untuk hari ini marilah kita mengawasi lidah agar pengurniaan deria lidah ini dapat memberi manfaat samaada didunia mahupun akhirat. mudah-mudahan lidah dipergunakan untuk menyatakan sesuatu pandangan yang benar dan bernas
sekian gtg

2 comments:

Adillah A Nordin said...

Hi Rizal,

This is a good posting.

Kadang-kadang lidah terlalu cepat berkata-kata tanpa menunggu otak untuk berfikir kesan dari percakapan.

Lebih baik kita lebih mendengar dari bercakap. Sebab itulah Allah mengurniakan setiap insan 2 telinga & hanya 1 lidah..

Tahniah! Blog awak menarik...

Adillah

Budak Kampung Kita said...

thank because leave the comment madam Adillah. but the best solution is need to improdve more right?.