Saturday, May 10, 2008

Meja Rak Berlaci

Sambung cerita sebelum ni
Ini adalah rak berlaci yang aku beli dari senior dengan harga RM15



Aku juga ada beli kerusi dengan harga RM5 tapi aku takde meja. So aku pun terpikir untuk beli meja. Tapi kalau beli meja baru mestilah memerlukan sekurang-kurangnya RM30 tu pun yang paling koman la. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengubahsuai Rak berlaci tadi menjadi Meja Rak berlaci.

Macam biasa aku keluar mendapat bahan-bahan yang diperlukan di kedai hardware dekat dengan restoran ikan bakar malim. Aku beli dua ensel, skru, penongkat tingkap dan sebilah gergaji kecil.

Cara membuat.

Bersama ini aku sertakan cara2 mengubahsuai sebuah rak menjadi meja. Pertama sekali pasang pintu atas rak tu mcm gambar kat bawah ni dan pasang juga penongkap tingkap tadi.



Lepaihh tu... buat kaki meja plak.

Potongkan kayu mengikut ketinggian rak dan satu kayu lagi buatkan tanggam. Gunakan gergaji kecil yang dibeli tadi.

Selepas paku mana2 bahagian yang perlu dipaku. Dan akhirnya siaplah sudah Meja Rak berlaci.

Kalau hampa semua nak tau kos mengubahsuai rak ini menjadi meja hanya Rm8 termasuk membeli sebilah gergaji yang masih boleh digunakan selepas ini. Maka aku telah berjaya berjimat duit untuk membeli meja sebanyak RM 22 sekurang-kurangnya. Malah meja yang diubahsuai ini tidak kurang cantiknya.

So sapa2 yang berminat tu bolehlah mencuba untuk menjimatkan lagi wang anda terutama kepada pelajar.

3 comments:

GuGu said...

kreatif gler~

Budak Kampung Kita said...

awak baru tahu ke,

RaIhAn MaHzAn said...

siap ada bunga lagi tu..x tahan..^_^