Tuesday, June 24, 2008

Apa Cerita Kerajaan Baru Kedah

Sejak beberapa hari lalu TV3 Menerusi Buletin Utama mula menerjah kerajaan baru Pimpinan Menteri Besar YAB Ust Azizan Razak. Tidak berniat menjadikan blog ini sebagai ruangan menulis perihal politik tetapi aku rasa terpanggil untuk mempersoalkan sedikit mengenai perkembangan terkini tersebut. Aku membayangkan kemantapan tarbiah dikalangan pendokong perjuangan Parti PAS sudah tentu tidak akan timbul isu seperti perebutan jawatan dalam Anak Syarikat kerajaan Negeri dan pembolotan jawatan-jawatan itu seperti dilaporkan TV. Sudah tentulah para pendokong perjuangan Parti yang berasakan Kepada Islam terlebih dahulu begitu menginginkan sebuah kerajaan berasaskan Islam tertegak. Maka kerana itu mereka berjuang dan berkorban memenangkan PAS dan Pakatan Di kedah. Jika benar ianya hanya kerana perjuangan menegak Islam mengapa perlu Jawatan???. Persoalan kedua yang timbul adalah keputusan kerajaan negeri ingin menebang balak di kawasan tadahan air yang mendapat reaksi pelbagai pihak. Seperti yang sedia kita maklum kerajaan negeri hanya mahu menebang balak yang sudah tua iaitu anatara 3 hingga 4 batang se-ekar sahaja. Namun persoalan yang lebih penting bagi aku adalah kenapakah Kerajaan Negeri Kedah perlu bergantung kepada hasil pembalakkan ini. Walaupun ia dikatakan tidak akan menjejaskan Alam sekitar namun ia seolah-olah menunjukkan kerajaan telah ketandusan idea untuk mencari dan mewujudkan hasil baru bagi negeri ini. Bukankah kerajaan telah berjanji akan menjadikan Kedah Belanda Malaysia. Aku merasakan kerajaan perlu lebih cekap dan bijak meneroka hasil dan pendapatan baru negeri berikutan tindakan double standard Kerajaan Pusat yang boleh dianggap Jakun. Untuk Kerajaan Kedah aku sebagai warga Kedah sangat mengharapkan Kerajaan negeri terus Progrefsif dan adil. Mudah-mudahan kerajaan Pakatan ini terus-menerus memerintah Negeri Kedah. Sekian Wassalam

No comments: