Monday, June 23, 2008

Usul kenaikkan harga Minyak di Parlimen hari ni.


Saya agak hairan dan tidak begitu faham mengenai tujuan sebenarnya usul ini di bahaskan, kerana harga minyak telah pun naik. Persoalannya jika usul ini ditolak atau bilangan MP menolak kenaikkan minyak lebih banyak adakah minyak akan diturunkan semula? Mendengar hujah yang dikemukan menteri berkenaan nampak bernas, namun saya merasakan mereka terlalu ketandusan pemikiran dalam menguruskan sumber kekayaan negara. Bagi saya tugas menteri adalah semata-mata menguruskan kekayaan negara ini untuk di agihkan kepada keseluruhan rakyat. Jika ada rakyat yang gigih berusaha dan menjadi golongan berada kenapa mereka tidak berhak mendapat pengagihan kekayaan itu sedangkan mereka yang banyak menyumbang kepada pendapatan negara melalui cukai pendapatan. Jika kerajaan mengekalkan harga minyak sekalipun, dan wang dari sumber yang ada di belanjakan dengan berhemah sudah tentu dapat mengurang defisit yang dibimbangi lebih tinggi jika harga minyak tidak dinaikkan. Siapakah yang bakal mendapat keuntungan jika subsidi yang distruktur semula itu gagal dituntut oleh penerimanya. Sudah tentulah Pos malaysia. Sudah tentu jumlah 8 billion itu akan memberi durian runtuh kepada Pos Malaysia yang memiliki hak mengagihkan subsidi tersebut. Jika 1% dikalangan pengguna kereta dan motosikal yang berhak menerima subsidi itu tidak berbuat demikian bermakna sudah 80 juta berjaya di raih oleh Pos Malaysia. Namun persoalan yang lebih penting, siapakah yang memiliki Pos Malaysia??? Jawapannya adalah ECM LIBRA??? Siapa pula yang memiliki ECM LIBRA??? Masih ingatkah bagaimana ECM LIBRA ini telah bergabung dengan Avenue Capital milik Kementerian Kewangan di perbadankan itu. Ibarat kedai runcit bergabung dengan TESCO akhirnya TESCO menjadi milik pemilik kedai runcit. Malahan jika kita sedar sejak sebelum pilihanraya dan perhimpunan Agung UMNO yang lalu lagi pemilik ECM LIBRA ini lantang mempersoalkan tentang ketidak efisyenan pengagihan subsidi ini dan dikatakan subsidi perlu distrukturkan semula, penstrukturan semula subsidi ini yang dikatakan lebih efisyen dan lebih adil. Namun adakah dengan penstrukturan semula subsidi ini benar-benar mahu menyelamatkan ekonomi negara atau ada udang disebalik batu dan ada ketirisan yang bakal dikaut. Bilakah lagi politik dan bisnes ambil kesempatan ini harus berterusan. Sesungguhnya apa jua alasan dan hujah yang di jelaskan saya cukup bosan dan muak dengan perangai orang-orang seperti ini. Sama-sama kita renung Hadis Nabi ini "Apabila amanah diberikan kepada orang yang bukan ahlinya tunggulah saat-saat kehancuran". Sekian Wassalam

2 comments:

rizalmat said...

Artikel ini juga telah saya hantar ke laman web tranungkite.net link http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=11645

ijad said...

salam.. apa khabar sekarang..