Monday, June 23, 2008

Everything is ready

Segalanya telah bersedia, setelah hampir sebulan aku merancang nak balik kampung kini semua perancangan itu bakal di realisasikan. Tanggal 25 jun bakal menyaksikan sekali aku bertolak pulang ke kampung. Selamat jalan melaka dan selmat datang kedah, walaupun hakikatnya aku hanya balik dalam lingkungan 8 hari. Walaupun 8 hari tetapi amat bermakna dengan membawa pelbagai perasaan dan keghairahan. Walaupun ketika aku sedang menulis posting ini masih ada sehari semalam lagi aku nak balik tetapi segalanya disiapkan lebih awl supaya tiada sebarang kesulitan dan ada barang-barang yang perlu dibawa balik ke kg dilupai atau tertinggal. Walaupun semangat berkobar-kobar untuk balik bercuti di kg namun masih ada beberapa urusan di melaka yang perlu difikir dan dirisaukan. Namun semua itu aku rasakan perlu dilupakan dahalu. Kalau melihatkan mood aku beberapa hari ini sentiasa memikirkan untuk segera pulang bercuti di kg. penantian itu satu penyiksaan namun aku tetap sedar penyiksaan itu bakal menjadi satu kenikmatan. Walaupun agak sekejap masa cuti aku habiskan di kg namun sepanjang aku berada di melaka ini pelbagai suasana dan pengalaman yang telah menambahkan lagi pengetahuan aku telah berjaya aku dapati. Oleh itu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para sahabat dan semua yang telah membantu aku. Semoga kita terus aman selamanya. Sekian wassalam

2 comments:

Adillah A Nordin said...

RIzal,
Saya ucapkan selamat bercuti di kampung halaman & semoga perjalanan awak dilindungi Allah pergi & balik.
Sampaikan salam kepada mak ya.

Budak Kampung Kita said...

InsyaAllah Pn. walaubagaimanapun saya ucapkn ribuan terima kasih kepada pn dan doc.