Sunday, May 17, 2009

BUBAR Vs BUBUR

Mengisi soratan minggu ini krisis politik perak belum menampakkan ianya bakal berakhir. Segala perancangan kedua-dua belah pihak bertelagah masih belum boleh diredakan. Di kalangan pemerhati termasuk suhakam merasakan krisis hanya boleh diselesaikan secara mudah dengan mengadakan piliharaya negeri yang baru.

Rata-rata berpendapat mereka lebih yakin jika menteri besar perak yang sebenar ditentukan oleh hakim yang diadili oleh rakyat berbanding hakim yang diadili di mahkamah. Segala kuasa menentukan siapakah menteri besar dan kerajaan mereka hendaklah dikembalikan kepada rakyat.

Namun begitu disebelah pihak lagi sudah tentulah menerima idea pembubaran DUN sebagai suatu cara yang kurang baik dan kurang sesuai. Nazri menyatakan pilihanraya baru akan menyebabkan polarisasi kaum zaid hamidi pula sependapat dengan mantan perdana menteri krisis dapat diselesaikan dengan undi tidak percaya.

Bila undi tak percaya sudah tentulah akan diusulkan kepada Tuan speaker Ganesan. mungkin selepas ini adalah saman bahawa speaker dewan negeri adalah speaker yang dilantik menggunakkan peruntukkan undang-undang tertentu dan bukannya seperti mahu menukar speaker kereta atau speaker di masjid. Jika proses saman-menyaman ini terus berterusan adakah krisis politik di Perak ini boleh di klasifikasikan sebagai selesai?

Nasi dah jadi BUBUR.

jeng jeng jeng...

Tungguje la.....

No comments: