Kemeriahan Bola sepak Kita Datang Lagi. Inilah model Menteri besar yang Menjadi kebanggaan kita.
Salmah Mat Husain, | 18 Okt 2012 |
KOTA BHARU:
Tuan Guru Datuk Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemain dan penonton
menjaga solat dan berdisiplin sempena perlawanan akhir bola sepak Piala
Malaysia 20 Oktober ini.
Menteri Besar berkata, waktu Maghrib begitu singkat, hendaklah dilaksanakan dahulu solat sebelum menonton perlawanan bola.
“Mengerjakan ibadat solat suatu kewajipan walau di padang sekali pun.
Kita kena menjaga disiplin kita dengan Allah Taala bersesuaian dengan
sifat kita sebagai seorang hamba-Nya.
“Selain itu bagi pemain hendaklah jaga disiplin ketika beraksi di padang,” ujarnya di sini.
Kelantan akan bertemu ATM pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang
akan diadakan di Stadium Shah Alam. Kelantan pernah muncul juara pada
2010.
Kerajaan negeri juga mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad ini.
Menteri Besar berkata, melatih pemain bola sepak supaya mengingati
tanggungjawab masing-masing sebagai hamba Allah Taala adalah suatu
kewajiban.
“Kita akan mendapat kebaikan yang lebih sekiranya memenuhi tuntutan itu,” tambahnya.
Beliau juga turut mencadangkan supaya perkataan “bermain bola”
ditukar kepada istilah lain memandangkan bola sepak sekarang suatu
kerjaya sehingga boleh menghasilkan rezeki.
“Perkataan main sebenarnya tak comel, nampak hanya main, sedangkan
bola kini sudah menjadi mata pencarian. Patut kita tukar mentaliti
bermain kepada satu kerja halal,” ujarnya. HD
No comments:
Post a Comment