Soi Lek: Hudud akan jejas pekerjaan 1.2 juta rakyat
Presiden
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat
Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di
Malaysia.
Chua
yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan
pelbagai industri yang terjejas denga kehilangan pekerjaan yang didakwa
itu, sekiranya hudud dilaksanakan.
Dakwanya, ia termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.
Beliau membuat dakwaan itu melalui blog video dan Facebook hari ini, berdasarkan SMS yang didakwanya diterima pagi ini.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya. MK
" En. Chua Banyak susah atilah. Tarak boleh tidolah. Itu SMS kasi En Chua sudah fining manyak. Macam mana ini kawan?"
No comments:
Post a Comment