Friday, November 16, 2012

Kisah Orang Alim dan Pramugari terlampau.

SEORANG alim menaiki sebuah pesawat, apabila tiba waktu solat beliau pergi ke tandas untuk mengambil wudu'.  Oleh kerana ruang tandas yang agak kecil, orang alim itu membiarkan pintu tandas terbuka ketika beliau sedang mengambil wudu'.  Ketika membasuh kaki, beliau memasukkan kakinya ke dalam sinki, perbuatannya dilihat oleh salah seorang pramugari yang cantik berwajah putih gebu.  "Pakcik, jangan masukkan kaki dalam singki, nanti singki tu kotor orang lain nak guna juga" marah pramugari itu.  Selesai mengambil wudu' orang alim itu bertanya kepada pramugari "Dalam sehari, berapa kali awak mencuci muka?"  "Dalam dua atau tiga kali, maklumlah kerja pramugari macam I ni kena jaga penampilan dan kecantikan" jawab pramugari itu dengan sombong.  Orang alim itu membalas "saya membasuh kaki lebih dari lima kali sehari".  "Barangkali kaki saya jauh lebih bersih daripada wajah awak" tambah orang alim itu lagi.
 

2 comments:

Anonymous said...

Macamana orang alim tak tahu hukum khuf.

abah khalisha said...

Terbaik!

McD Malaysia VS McD Luar Negara