SUATU malam sedang Budin asyik menggaru pinggang kucingnya, tiba-tiba dia menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada awek kesayangannya, Bedah. "Sayang malam ni rumah I takde orang, sunyi sepi" tulis mesej itu. "Ini sudah bagus" bisik Budin di dalam hatinya. Budin terus melompat ke atas motorsikalnya dan memecut laju ke rumah kekasihnya itu. Sampai di rumah Bedah, Budin segera menulis mesej memaklumkan kepada Bedah bahawa dia sudah berada di depan rumah. "Sayang, I kat depan rumah you ni, cepatlah buka pintu" tulis Budin dengan gembira. Tidak lama kemudian bedah membalas "kan I dah kata tadi rumah I takde orang, sunyi sepi, I pun takde kat rumah". "Kurang ajar, lain kali tak payahlah tulis mesej" rungut Budin dalam hatinya.
No comments:
Post a Comment