Sekali lagi nama Nabila Huda menjadi bualan masyarakat namun apakah pula isunya kali ini?. Teruskan membaca artikel ini.
27 Dis – Keberanian yang ditunjukkan oleh aktres beranak satu, Nabila Huda di dalam memperaga baju dengan penuh sensual telah menarik minat Alia Bastamam untuk menjadikan Nabila salah seorang model mereka untuk koleksi terbaru, Evening Cruise 2012/2013.
Koleksi yang diilhamkan dari primadona terkenal, Marilyn Monroe dan Elizabeth Taylor, Nabila Huda dilihat mempunyai ciri-ciri tersebut.
Memperaga enam persalinan hasil ciptaan Alia, Nabila Huda begitu bijak di dalam menggayakannya, sesuai dengan rekaan menggoda daripada Alia Bastamam.
Sesuai dengan imej serta personaliti Nabila Huda yang manja, telus dan tersendiri, tanpa menoleh kebelakang Alia Bastamam berbesar hati memilih aktres itu bagi menjayakan koleksi terkininya itu.
Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam, Jimmy Najeem berkata, sesi fotografi berkenaan telah diadakan di butik Alia Bastamam sendiri di Bangsar dengan menggunakan set yang digubah sendiri oleh Shahrezzan dan pasukan kreatif jenama berkenaan.
"Walaupun dia seringkali dikaitkan dengan berpakaian menjolok mata pada kami itu adalah dirinya dan kami percaya dengan pembawakan diri Nabila Huda orang ramai amat prejudis terhadap itu.
"Nabila juga dilihat seorang yang gemarkan fesyen dan sanggup melakukan apa sahaja agar kelihatan menawan dan mengikut kehendak majlis.
"Oleh itu pada kami rekaan yang terbaru ini amat sesuai jika kami mengambil khidmat Nabila sebagai model dan kami amat berpuas hati dengan hasilnya."
Koleksi sensual dan menggoda itu menampilkan seleksi gaun malam dan gaun koktel memikat yang menggunakan olahan fabrik sutera asli dan sutera crape bagi memberikan kesan glamor kepada si pemakai.
Sumber: malaysia.yahoo.com
No comments:
Post a Comment