Saturday, April 26, 2008

Jangan Melatah

Setelah beberapa hari Pakatan Rakyat dibentuk, berlaku sidikit suasana yang kurang menyenangkan. Perbalahan antara DAP dan PAS mengenai Negara Islam atau Islamik State. Maka pelbagai artikel mengulas mengenai isu ini ditulis oleh para blogger dan penulis-penulis. Ada yang tidak berkeyakinan negara mampu menjadi Negara Islam sepenuhnya kerana ia adalah negara berbagai Kaum. Yang agak mengecewakan kita adalah isu Negara Islam ini turut ditolak oleh orang melayu Islam dengan pelbagai alasan. Pada saya para pendokong PAS haruslah terus meperjuangkan Negara Islam ini, kerana kita perlu yakin bahawa jika Allah mengizinkan Negara kita ini menjadi Negara Islam sudah pasti ia akan terjadi. Sudah tentu ada yang menyatakan tidak masuk akal, saya menolak sama sekali dakwaan tidak masuk akal atau tidak logik ini. Lihat saja di Perak Allah telah mengizinkan PAS menjadi ketua kerajaan dalam keadaan pas hanya menang 6 kerusi daripada 59 kerusi dun di Perak. Sudah tentu langsung tidak logik menurut pemikiran akal. Oleh yang demikian saya juga beryakinan bahawa lambat laun DAP khususnya dan masyarakat bukan islam amnya akan turut menerima Islam sebagai sistem pemerintahan Negara ini. Yang pasti para pendokong penyokong dan pejuang-pejuang gerakan Islam di malaysia haruslah teguhkan pendirian dan laksanakan tugas dengan punuh wibawa.
gtg

No comments: